Ya Allah, Aku Rindu Kepada-Mu (Edisi Softcover)

RM27.00
978-967-481-379-6
In stock
+

Tajuk:Ya Allah, Aku Rindu Kepada-Mu


ISBN: 978-967-481-379-6
Penerbit: Publishing House
Penulis: USTAZAH ASMA HARUN & DWI SUWIKNYO
Tahun Terbitan: Terbitan Pertama 2020
Muka Surat: 192
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg):0.210
Dimensi (cm): 19.4cm x13.5cm x1.5cm


Inilah adalah buku terbaru Ustazah Asma Harun bersama seorang penulis terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah s.w.t. & hadis Rasulullah s.a.w. Buku Ya Allah Aku Rindu Pada-Mu dipakejkan secara bersiri, dan ia adalah buku yang pertama daripada 4 buah buku dalam siri ini.


Ya Allah Aku Rindu pada-Mu, mengumpulkan 13 topik berkenaan sifat syukur yang perlu direvisi semula oleh setiap hamba Allah dan dikupas dengan santai oleh Ustazah Asma Harun dan Ustaz Dwi Suwiknyo. Diselitkan juga dengan ‘Ustazah Nak Cerita’ daripada Ustazah Asma Harun yang membongkar kisah-kisah benar dan memberikan impak luar biasa kepada pembaca.


“Ya Allah, semakin jauh daripada-Mu, jiwaku semakin hampa, hatiku semakin gelisah dan tidak ada lagi nikmat dalam ibadah.”“Ampuni aku ya Allah kerana selama hidupku ini, aku belum mampu mengenal-Mu. Seandainya Engkau masih memberikan kepada aku waktu, tentu aku ini mengenal-Mu, serta ingin lebih dekat dengan-Mu. Ya Allah, aku rindu pada-Mu.”


Engkau yang Menciptakanku

Engkau yang Membentukku

Engkau yang Mencukupiku

Engkau yang Memeliharaku

Engkau yang Menunjukkan Aku Jalan

Engkau Pemberi Manfaat

Engkau yang Maha Melapangkan

Engkau Sumber Segala Kebaikan

Engkau yang Maha Belas Kasih

Engkau yang Maha Pemaaf

Engkau Pembuka Pintu Rahmat

Engkau Maha Pemberi Cahaya


Engkau Maha Pemberi Kekayaan

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda