Urus Rumah With Hani

Anda buntu bagaimanakah caranya untuk mengemas rumah anda agar kelihatan bersih dan kemas?? Jangan tunggu lagi.


Dapatkan buku ini sekarang!!

List price: RM25.00
RM23.00
You save: RM2.00 (8%)
978-967-369-415-0
In stock
+

Panduan lengkap urus rumah tanpa stres, langkah demi langkah, dan jimat.

SEPENUHNYA infografik dan berwarna!

#KemasRumahWithHani #TipMasak2Hani #UrusDuitWithHani


Belajar bagaimana merancang pengurusan rumah, makanan, dan kewangan.


Ramai antara kita yang tidak gemar mengemas rumah kerana terlalu banyak barang yang perlu diurus. Tetapi sebilangan daripada kita tidak dapat berhenti membeli barang baru. Melihat kepada keadaan ini, Dr. Hani Mynis mencurahkan segala ilmu pengurusan rumah yang diambil daripada pengalamannya sendiri dan tunjuk ajar orang tuanya.Beliau menyatakan, sekiranya kita mengetahui teknik pengurusan rumah yang efektif dan sistematik, kerja-kerja mengurus rumah tidak menjadi suatu tekanan dan perkara yang memenatkan.

6 Tip Untuk Rumah Sentiasa Kemas dan Cantik!


  1. Sediakan jadual pembersihan rumah harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Simpan log pembersihan untuk setiap barang yang perlu dibuat pembersihan rapi.
  2. Pastikan setiap barang ada ‘rumahnya’. Biasakan selepas ambil barang letak kembali barang tersebut di ‘rumahnya’.
  3. Buat pembersihan sambil-sambil. Sambil memasak, sambil basuh pinggan mangkuk. Pastikan sinki sentiasa kosong.
  4. Jika kekurangan ruang, gunakan setiap inci ruang dan dinding untuk penstoran. Gunakan ruang bahagian dalam pintu kabinet dan gunakan ruang vertikal sebaik mungkin.
  5. Less is more. Kurangkan barang yang mempunyai fungsi yang sama. Buang barang yang tiada fungsi.
  6. Agihkan tugas mengemas kepada seisi rumah. Berikan tanggungjawab mengemas kepada setiap orang.


Bagi kita bila mendengar orang menulis tentang ‘Tip Mengemas’, ‘Cara Susun Perabot di Rumah’ mungkin biasa bagi kita. Tapi bagi sesetengah orang, mengemas juga ada falsafahnya yang tersendiri.Marie Kondo, penulis Magic Life-Changing of Tidying, membentangkan falsafahnya yang unik dan memperkenalkan pembaca kepada asas-asas kaedah KonMarinya. Ia telah mengubah rumah dan kehidupan berjuta-juta orang di seluruh dunia. Beliau memberi tumpuan kepada apa yang ingin anda simpan, bukan apa yang anda ingin buang. Tanyalah diri anda jika ada sesuatu yang ‘Spark Joy” terhadap barang-barang ketika anda mengemasnya.Ok, bercakap mengenai mengemas, susun atur dan barang-barang yang kita suka dan tidak suka, Dr. Hani Mynis dari Malaysia ada menulis satu buku yang terbaharu- Urus Rumah with Hani, iaitu buku yang membantu suri rumah, ibu-ibu dan suami isteri yang suka mengekalkan rumah dalam keadaan kemas, bersih dan selesa.Dr. Hani menulis, jika tidak kena caranya, boleh jadi hal-hal mengurus menu pemakanan, membersihkan rumah, merancang kewangan akan menjadi satu beban yang berat dan memenatkan.“Semua ini boleh dielakkan jika kita temui satu teknik pengurusan rumah yang efektif dan sistematik. Malah ia boleh jadi satu kerja yang seronok!” kata beliau.


ISI KANDUNGAN

Bahagian 1: Pengurusan Makanan

• Perancangan Menu

• Pembelian Bahan Mentah

• Penyediaan Awal Bahan Masakan

• Proses Menyediakan Hidangan


Bahagian 2: Pengurusan Pembersihan Rumah


Bahagian 3: Pengurusan KewanganKandungan

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda