Travelog M.I.T.Y - Macedonia, Ireland, Turki, Yaman

Kisah kembara 5 orang anak muda dari latar yang berbeza demi mencari secicip pengalaman kehidupan. Nikmati perjalanan mereka dalam travelog MITY ini.

Semangat menikmati perjalanan ruhi!

RM25.00
In stock
+

ISBN 978 967 15563 13

Penulis: Nilam Tang, Adib Mumtaz, 'Izzat Ibarahim, Mohd Ilmi Izzuddin, Adam Khairuddin

Terbitan: Korpus

===================

Travelog M.I.T.Y, kisah kembara 5 orang anak muda dari latar yang berbeza demi mencari secicip pengalaman kehidupan.


1. Labunista, Macedonia.

Penulis: Nilam Tang.

Sebuah perkampungan Islam kecil dihuni masyarakat tempatan. Adat Islami, budaya dan tradisi unik masih lagi dikekalkan. Nilam Tang kongsikan kisah kembaranya dan menukil cerita dari sorot pandang Makcik Bertha yang merupakan warga Indonesia yang kini menetap di sana.


2. Kota warga Irish, Ireland.

Penulis: Mohd Ilmi Izzuddin

Alami sendiri perjalanan menarik lagi mendebarkan ke kota masyarakat Irish, Ireland. Penulis Travelog Sheffielder - Menerjah Langit Eropah, Mohd Ilmi Izzuddin kongsikan kisahnya di sana. Restoran Melayu di Cork, nyaris maut di Connemara, kota arak Dublin, lokasi penggambaran Harry Potter, Cliff of Moher DAN BANYAK LAGI!


3. Ukhuwwah di Bumi Uthmaniyyah

Penulis: Adib Mumtaz

Percutian ke Turki tidak cukup sekali. Malah berkali-kali pun masih belum puas. Adib Mumtaz membawa kita berkenalan dengan tokoh pejuang Turki, Badiuzzaman Said Nursi dan kisah menariknya bergaul bersama warga tempatan Turki yang baru dikenalinya...


4. Travel is My Therapy

Penulis: Izzat Ibrahim

Perjalanan mencari penawar bagi penyakit misteri membawa pemuda ini ke Mekkah, Turki, United Kingdom dan Perancis. Bertemakan Travel is My Therapy, penulis travelog Camp De Calais, Izzat Ibrahim sekali lagi kongsikan perjalanannya yang penuh rencam.


5. Travelog Rohani di Tarim, Yaman.

Penulis: Adam Khairuddin

Yaman terkenal dengan masyarakatnya yang ramah dan memiliki hati yang lembut. Berbondong-bondong penduduknya memasuki agama Islam sejak risalah Islam sampai kepada mereka. Adam Khairuddin mencatat cerita kembara ruhinya ke Tarim, Yaman. Di sana beliau baru mula belajar Bahasa Arab dan menadah kitab-kitab dengan para masyayikh di sana.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda