Tinggal Satu Bintang : Dan Itu Kamu...

RM34.00
9789671482421
In stock
+

Tajuk: Tinggal Satu Bintang : Dan Itu Kamu... #
ISBN: 9789671482421
Penerbit: Booku
Penulis: Acik Lana
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 670
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.505 kg
Dimensi (cm): 18.5cm X 11.5cm X 3cm
 
SINOPSIS
 
Tengku Bakti seorang yang memiliki pakej lengkap dalam hidupnya. Segak, kaya raya dan berjaya. Namun kebaikan tersebut menjadikan dia manusia yang megah dan sombong. Maka hiburan dunia telah menjadi 'makanan' harian untuknya. Berpoya-poya dan berpesta tanpa pernah memikirkan dosa pahala. Dia enjoy begini!
 
Namun satu peristiwa ngeri yang berlaku membuatkan Tengku Bakti tersentak. Hidupnya mula tunggang langgang, berpusing seratus lapan puluh darjah. Ternyata dia bukan lagi lelaki sempurna yang dulu! Dihimpit kesengsaraan akibat dendam dari hati yang dia pernah hancurjan, Tengku Bakti separuh nati menanggung pembalasan.
 
"Memang kau orangnya. Kau yang muncul dalam mimpi aku setiap malam. Dasar perempuan sihir. Kau memang nak buat aku mati!" - Tengku Bakti
 
Terheret ke dalam dunia misteri Tengku Bakti, Seri tersekat dengan permainan takdir yang amat mengelirukan. Kenapa dia? Sedangkan mereka sangat berbeza dari segala segi. Namun tatkala jurang besar itu bercantum sehingga sering menemukan mereka berdua, masing-masing tertanya apa hikmahnya? Bagaimana Seri boleh 'termasuk' ke dalam dunia penuh mengerikan yang didiami Tengku Bakti? Untuk apa? Demi siapa?
 
"Saya dah cuba sedaya upaya untuk halang makhluk tu dari terus makan Tengku. Tapi ini yang saya dapat? Dituduh sebagai tuan makhluk tu pulak?" - Seri
 
Pertemuan, pertolongan, perlindungan dan perhatian menjadi rencah dalam hubungan Tengku Bakti bersama Seri. Mampukah sengsara angkara iblis dan syaitan ditamatkan bersama? Dan sejauh mana pengorbanan Seri yang polos dihargai oleh lelaki buaya darat seperti Tengku Bakti? 

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda