The Power of Al-Quran

List price: RM20.00
RM18.00
You save: RM2.00 (10%)
978-967-411-121-2
In stock
+

Format: Paperback

Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-121-2
Jumlah Muka Surat : 192

Berat(kg): 0.25

--------------------------------------------------


Buku ini adalah penambahan dan pengkhususan perihal tafsir Al-Quran berdasarkan buku Quran saintifik. Dr. Danial melihat ayat-ayat Al-Quran melalui kaca mata sains dalam mengetegahkan keajaibannya.


ISI KANDUNGAN

Prakata

Al-Quran menggegar Barat

Al-Quran Mengubah Dunia, Mencipta sejarah


Umat Al-Quran, Umat Luar Biasa

-Umat Al-Quran Mengubah Barat


Kitab-Kitab Allah seperti Peta

-Maksud Al-Quran, Tujuh Huruf serta Qiraat

-Dari Lohmahfuz Ke Baitul Izzah Kepada Nabi

-Ayat Pertama dan Ayat Terakhir


Keaslian Al-Quran Terpelihara


Proses Penulisan dan Pembukuan Al-Quran

-Perbezaan Antara Hadith Qudsi dan Al-Quran

-Ciri-ciri Khusus Al-Quran

-Fungsi Khusus Al-Quran

-Sikap Terhadap Al-Quran

-Ilmu Ulum Al-Quran


Tafsir dan Takwil

-Ciri-ciri pentafsir al-Quran

-Tokoh-tokoh pentafsir al-quran

-Metodologi Tafsir Al-Quran

-Sains dan Al-Quran


Hadith Israiliyat dalam Kitab kitab Tafsir

-Al-Quran kitab Mukjizat

-Mukjizat-kebenaran kisah-kisah silam

-Mukjizat-Ramalan Menjadi Kenyataan

-Mukjizat-Kenyataan Saintifik Menjadi Kenyataan


Penutup

Biodata Penulis

Bibliografi

**********************************************************


REVIEW

Jutaan manusia membacanya, ribuan manusia menghafalnya dan seluruh dunia mendapat manfaat daripada Al-Quran. Inilah kitab suci yang mengubah dunia dan melakar sejarah ketamadunan manusia. Al-Quran adalah kalam Tuhan yang terpelihara kesuciannya di sepanjang zaman. Tiada keraguan padanya dan tiada manusia mahupun jin yang mampu menandingi Al-Quran walaupun mereka bergabung tenaga melakukannya.

Kehebatan Al-Quran, kebenaran ilmu dan kesahihan fakta di dalamnya dijelaskan dalam buku “The Power of Al-Quran”. Tiada orang yang akan menolak dan mempertikaikan Al-Quran, melainkan orang yang bodoh. Buku ini membentangkan kaedah pentafsiran Al-Quran menggunakan ilmu moden terutamanya ilmu sains. Penemuan-penemuan sains yang terkini membantu kita memahami Al-Quran dan sunah Rasulullah dengan lebih mendalam.

Matlamat buku ini adalah untuk membentuk masyarakat yang bukan sekadar menghafal, tetapi memahami Al-Quran. Al-Quran akan memberi manfaat apabila isi kandungannya difahami, diamalkan dalam kehidupan, dan disebarkan ke seluruh alam. Perkara ini sesuai dengan kata-kata Rasulullah yang bermaksud, Manusia yang paling baik adalah orang yang mempelajari Al-Quran, iaitu orang yang membaca dan memahami makna Al-Quran, dan menyampaikan ajaran Al-Quran.”

Sesuai dengan perubahan zaman, buku ini memuatkan kaedah mentafsir Al-Quran secara saintifik. Perlu diingatkan, Al-Quran tidak memerlukan sokongan fakta sains untuk membuktikan kebenarannya, tetapi fakta sainslah yang dibuktikan betul berpandukan Al-Quran. Dapatkan buku ini untuk merasai keajaiban mukjizat agung sepanjang zaman. Mukjizat setiap nabi berakhir dengan kewafatan nabi itu. Namun, mukjizat Al-Quran wujud di sepanjang zaman dan keajaibannya tidak akan habis.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Buku Ini Sesuai Untuk Anda