The Art of Thinking Clearly - Edisi Bahasa Melayu

RM30.00
978-967-411-414-5
Out of stock

===================

Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-414-5
Jumlah Muka Surat : 424
Berat (kg): 0.53
=====================

SARI RANSANG

Pernahkah kita…

  • Melabur masa terhadap perkara yang memang diketahui tidak berbaloi?
  • Membazir banyak wang dalam jualan lelong di eBay?
  • Terus-terusan melakukan sesuatu perkara biarpun tahu perkara itu memberikan kesan yang negatif?
  • Menjual saham terlalu awal ataupun terlalu lambat? Tersilap langkah dalam percaturan hidup?
  • Menerima pujian apabila berjaya, namun menuding jari apabila gagal?


Menerusi buku The Art of Thinking Clearly ini, Rolf Dobelli membantu kita menggariskan kesilapan-kesilapan

mudah yang biasa kita lakukan lakukan dalam berfikir serta membuat keputusan. Buku ini adalah peluang untuk

kita menutup segala ruang kesilapan, serta memberikan kita peluang membuat keputusan yang jauh lebih baik dalam kehidupan.

=====================


ISI KANDUNGAN


Pengantar Penterjemah

Pengenalan

1 MENGAPA KITA WAJAR MELIHAT KEGAGALAN

2 ADAKAH BELAJAR DI HARVARD BERMAKNA KITA LEBIH BIJAK

3 MENGAPA KITA DAPAT MELIHST BENTUK PADA AWAN

4 SEKIRANYA 50 JUTA MANUSIA BERKATA SESUATU YANG JELIK, MAKA PERKARA ITU TETAP JELIK

5 MENGAPA KITA HARUS MELUPAKAN PERKARA SILAM

6 JANGAN TERIMA MINUMAN PERCUMA

7 BERWASPADA TERHADAP 'KES YANG ISTIMEWA'

8 MURDER YOUR DARLINGS

9 JANGAN TUNDUK PADA PIHAK BERKUASA

10 TINGGALKAN RAKAN SUPER MODEL KITA DI RUMAH

11 MENGAPA KITA RELA MENGGUNAKAN PETA YANG SALAH DARIPADA TIADA LANGSUNG

12 MENGAPA HARUS BERWASPADA DENGAN UNGKAPAN 'NO PAIN NO GAIN'

13 KISAH BENAR ITU SENDIRI ADALAH DONGENG

...

44 MENGAPA KITA ADALAH PENYELESAIAN DAN JUGA MASALAH

45 JANGAN SALAHKAN SAYA

46 BERHATI-HATI DENGAN PERKARA YANG KITA HAJATI

47 JANGAN BERASA TAKJUB DENGAN KEWUJUDAN DIRI SENDIRI

48 MENGAPA PENGALAMAN SENDIRI MEROSAKKAN PENILAIAN KITA

49 BERWASPADALAH TERHADAP SITUASI YANG BERMULA DENGAN BAIK

50 PENIPUAN SECARA HALUS

51 HIDUPLAH PADA SETIAP HARI SEOLAH-OLAH ITU ADALAH HARI TERAKHIR UNTUK KITA-HARI AHAD SAHAJA

52 SEBARANG ALASAN YANG LEMAH

53 MEMBUAT KEPUTUSAN DENGAN LEBIH BAIK-KURANGKAN MEMBUAT KEPUTUSAN

54 ADAKAH KITA MAHU MEMAKAI BAJU HITLER?

55 MENGAPA 'PURATA' ADALAH PERKARA YANG MENGARUT

...

82 MENGAPA 'PELUANG TERAKHIR' MEMBUATKAN KITA PANIK

83 BAGAIMANA TARIKAN SESUATU PERKARA MEMBUATKAN KITA BUTA

84 MENGAPA WANG BUKAN PERKARA MUDAH

85 MENGAPA AZAM TAHUN BARU TIDAK BERKESAN

86 BINA SENDIRI ISTANA KITA

87 MENGAPA KITA LEBIH MENYUKAI NOVEL BERBANDING DENGAN STATISTIK

88 KITA TIDAK TAHU APA YANG KITA TERLEPAS PANDANG

89 UDARA PANAS

90 DI MANAKAH SUIS TUTUPNYA?

91 MENGAPA KERJA KITA TERLAMPAU BANYAK

92 TUKUL YANG HANYA MENGENAL PAKUNYA

93 MISI TERCAPAI

94 BOT LEBIH PENTING DARIPADA PENDAYUNGNYA

95 MENGAPA KITA TERPEDAYA DENGAN SENARAI SEMAK

96 MENIPU TENTANG PENCAPAIAN SENDIRI

97 MEMBURU 'KAMBING HITAM' PADA ZAMAN BATU

98 MENGAPA MAT REMPIT SEBENARNYA PEMANDU YANG LEBIH SELAMAT

99 MENGAPA KITA TIDAK HARUS MEMBACA BERITA

PENGHARGAAN

==========================


ULASAN

Tanpa berfikir manusia seperti benda mati. Saya tertarik untuk membaca buku ini pada mulanya kerana merasakan pemikiran yang sedia ada sedikit serabut. Saya kira, jika mengetahui bagaimana untuk berfikir dengan jelas, seseorang itu mampu untuk memproses suatu maklumat dengan lebih cekap.


Bagaimanapun, buku ini menceritakan bagaimana pelakuan seseorang menurut kepada pemikiran individu tersebut. Jika kita melakukan sesuatu perkara, apakah yang sedang otak kita fikirkan. Contoh yang dapat dipetik ialah fenomena Contrast effect dimana kita akan menilai sesuatu sebagai cantik, mahal, mahupun besar sekiranya kita mempunyai perkara lain yang buruk, murah, mahupun kecil di hadapan mata.


Otak kita telah diprogram untuk mentafsirkan sesuatu itu dengan kaedah tertentu apabila sesuatu maklumat diterima. Ibaratkan sebuah komputer, apabila kita memberi input, output yang diberikan merupakan hasil daripada maklumat yang diproses menggunakan program yang ditetapkan. Hasil daripada bacaan saya, buku ini menjelaskan 99 perkara tentang apa yang saya katakan tadi sebagai program yang diguna pakai oleh otak. mungkinkah program tersebut hanyalah akal?


Buku The Art of Thinking Clearly ini pada asalnya ditulis di dalam bahasa German dan telah diterjemahkan kepada beberapa bahasa lain termasuklah Bahasa Melayu. Saya dapati agak sukar untuk memahami mesej yang ingin disampaikan di dalam bahasa melayu. Beberapa terma yang diguna pakai agak sukar untuk diterjemah, tetapi setelah membaca berberapa kali, saya dapat memahami apa yang hendak disampai penulis.


Dikatakan buku ini menggariskan kesilapan-kesilapan yang dilakukan dalam berfikir serta membuat sebarang keputusan. Pada saya, segala keputusan yang dilakukan bukanlah suatu kesilapan, akan tetapi suatu keputusan yang dipengaruhi oleh nafsu yang mendorong kepada kehidupan manusia. Jika kita dapat mengawal nafsu tersebut daripada mempengaruhi pemikiran, mungkin selepas ini, kita pula dapat mencipta our own The Art of Thinking Clearly. Hehe


Kita mengetahui kesilapan yang dilakukan ketika berfikir apabila membaca buku ini, kita mungkin dapat menggelak daripada melakukan kesalahan ataupun kelemahan. Namun begitu, pemikiran yang bebas daripada perkara ini tidak akan mencapai keberkesanan intelektual. Kita boleh buang segala faktor kelemahan tersebut dan meninggalkan hanya faktor yang betul dan baik. Akan tetapi dengan membetulkan apa yang lemah pada kereta lembu, ia tidak akan menghasilkan kereta bermotor, kerana kereta bermotor bukan kereta lembu yang diperbaiki. Selamat membaca.

-sumber: Kami GeBu, https://bit.ly/2GVXKmX

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda