===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-409-1
Tarikh Terbit: 14 Jan 2015
Jumlah Muka Surat: 680
Berat (kg): 0.83
===========================
"Kita boleh selesaikan masalah ini dengan"cara saya" ataupun "cara awak". Pilihlah"
Kita pasti selalu mendengar ungkapan-ungkapan seperti ini dalam kebanyakan "perbincangan masalah", bukan?
Selama ini, hanya dua alternatif itu yang kita gunakan dalam menangani konflik. Pilihan persetujuan yang dicapai demi menyelesaikan konflik juga ada dua, sama ada berkompromi ataupun pergaduhan.
Memilih untuk berkompromi bermaksud sekadar menghentikan pergaduhan, tanpa sebarang jalan penyelesaian yang mampu memuaskan hati kedua-dua pihak. Situasi menang-menang? Mustahil untuk dicapai.
Menerusi kisah-kisah penuh inspirasi yang dikongsikan dalam 3rd Alternative, Dr. Covey membuktikan bahawa pemikiran alternatif ketiga bukan sekadar menyelesaikan konflik, malah mengubah konflik menjadi suatu yang positif.
Selamat tinggal konflik. Selamat jalan kompromi. Selamat datang alternatif ketiga!
ISI KANDUNGAN
1. Titik Peralihan
2. Alternatif Ketiga: Prinsip, Paradigma, dan Proses Sinergi
3. Alternatif Ketiga di Tempat Kerja
4. Alternatif Ketiga di Rumah
5. Alternatif Ketiga di Sekolah
6. Alternatif Ketiga dan Undang-undang
7. Alternatif Ketiga dalam Masyarakat
8. Alternatif Ketiga di Dunia
9. Kehidupan Alternatif Ketiga
10. Aspek Luaran dan Dalaman
11. Penghargaan
12. Maklumat Penulis
REVIEW
Mahu potong tangan kanan atau tangan kiri? Seandainya diberi dua pilihan ini, tangan manakah yang akan kita potong? Jawapan yang pasti, tiada sesiapa pun mahu tangannya dipotong. Tidak perlu pilih kanan ataupun kiri, kita ada pilihan ketiga, iaitu tidak memotong mana-mana tangan.
Ya, tidak berbuat apa-apa juga adalah satu pilihan dan alternatif yang kita ada. Sentiasa ada pilihan ketiga dan cara yang lebih baik. Jangan terperangkap dengan pilihan kuno, iaitu hidup ini hanya ada “cara aku” dan “cara kamu”.
Stephen R. Covey, penulis buku bestseller The Seven Habits of Highly Effective People menerangkan konsep pilihan ketiga ini dengan sangat baik. Pelbagai contoh realiti dan kisah hidup yang mempraktikkan pilihan ketiga ini diterangkan dengan konsep yang mudah.
Antara kisah yang paling menarik adalah gerakan penentangan tanpa keganasan yang kreatif. Cara ini digunakan oleh Mahatma Gandhi ketika memimpin gerakan perjuangan melawan penjajah dan penindasan di India.
Beliau tidak berdiam diri apabila ditindas, dan tidak juga menentang dengan keganasan. Beliau memilih alernatif ketiga, iaitu menentang tanpa keganasan, mogok lapar, dan berbuat baik kepada musuh. Tiada hati yang terlalu keras dan tidak dapat dilembutkan dengan kasih sayang. Itulah pegangan Gandhi dan alternatif ketiga beliau.
Pencarian alternatif ketiga mampu mengubah kehidupan, menghentikan peperangan, menamatkan konflik dan menyelesaikan masalah. Alternatif ini bermula dengan pertanyaan yang mudah, “Adakah ada cara yang lebih baik?”.
Alternatif ketiga ini dapat memberikan penyelesaian yang lebih baik, sekalipun pasti tidak akan memuaskan hati semua orang. Mahu memuaskan hati semua orang yang adalah satu kegilaan yang tidak perlu dilakukan.
Apakah alternatif ketiga dalam hidup anda? Membaca buku ini dan memahami konsepnya untuk kehidupan yang lebih baik pastinya alternatif ketiga yang boleh anda lakukan sekarang.
6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan