Format: Paperback
Saiz: 5.3" x 7.6"
ISBN-13: 978-967-369-371-9
Tarikh Terbit: 7 May 2017
Jumlah Muka Surat: 184
===============
SINOPSIS
Janji-janji manis itu sudah lama berlaku. Janganlah kita terkena lagi. Yang sedihnya, dalam buku ini terbukti jerat memang tak pernah lupakan pelanduk. Tetapi pelanduk pulak yang asyik lupa siapa jerat.
============================================
ISI KANDUNGAN
Pendahuluan
FAQ
Prolog
Detik Awal Melawan Scammer
Bahagian 1: Hikayat Sontot
A. Sontot Confession: Ingat Senang Jadi Penyontot
B. Sontot Penunggang Agama
C. Kategori Penyontot
D. Dua Jenis Sontotan
E. Skim Sontot Akan Gunakan Testimoni Sebegini
F. Modus Operandi Sebuah Skim Sontot
Bahagian 2: Mai Kita Sebut Nama
A. Serba Salah
B. Mecca Fund
C. Tok Belagak Dan Darul Emas Perak Berhad
D. Pengalaman Ngeri Didatangi Bounzer Syarikat Sontot
E. Alfafa
F. Dalam Bidang Kewangan Pun Ada Scammer
Bahagian 3: Supaya Kau Tak Tersontot Lagi
A. Parodi Sajak Hari Guru Seorang Scammer
B. Penipu Tidak Akan Mengaku Menipu
C. Scammer (Juga) Tidak Akan Mengaku Dirinya Scammer
D. Cara Paling Mudah Elak Kena Sontot
E. Catatan Travelog Seorang Financial Fighter
F. Drama Tragedi Sebuah Kesontoton
G. Sontotan Emas: Masihkah Kau Ingat?
H. Taksub
I. Bagaimana Melakukan Scam Dengan Emas
J. Empat Persoalan Yang Perlu Anda Ragui Sebelum Sertai Skim Pelaburan Emas
K. Sajak Buat Sahabat Penyontot
L. Bagaimana Sebuah Mlm Boleh Menjadi Skim Sontot
M. Produk Kewangan Pun Boeh Jadi Skim Sontot
N. Apa Beza Scammer Dengan Ejen Misleading?
O. Pepatah Petitih Sontotan
P. Skim Too Good To Be True Tidak Akan Bertahan Lebih 5 Tahun
Q. “Apa? Pelaburan 10% Setahun? Sikitnya!”
R. Kenapa Skim Pelaburan Yang Memberikan Pulangan Bulan-Bulan Adalah Mengarut?
S. Pelaburan Yang Paling Menguntungkan
T. Jika Ditawarkan Peluang Pelaburan Atau Bisnes Dengan Berhutang...
U. Pujuk Rayu Skim Sontot
V. Berhati-Hati Dengan 3 Gelaran Ini
W. Skim Somtot Alfonso
X. Pemaju Vs Kontraktor
Y. Tersontot Di Pintu Rumah
Z. Travelog Financial Fighter
Bahagian 4: Tak Insap Jugak?
A. Firasatku
B. Hujah Biasa Skim-Skim Cepat Kaya Dan Ini Respon Kepada Mereka
C. Nasihat Paling Mahal
D. “Bang, Ada Kerja Part-Time Tak?”
E. Skim Sontot Tumbuh Bagai Cendawan Selepas Hujan Di Musim Gawat
F. Skim Cepat Kaya Akan Terus Hidup Seiring Dengan Ketamakan Manusia
Epilog
==============================================
ULASAN
Anda ditawarkan untung pelaburan melebihi 15% setahun beserta pujukan-pujukan halus dalam bentuk Vellfire atau banglo sebiji? Wow! Siapa yang tak tergoda? But be extra careful, it is most likely a scam!
Mula-mula mereka akan minta bayaran keahlian. Kadang dapat juga produk jualan sebagai starter pack. Kemudian bermulalah episod mencari downline atau kena kerah jual barang. Barang kena jual pun bukan calang-calang. Bayangkanlah kadang boleh cecah 5 angka, tapi nak buat macam mana lagi, tak jual tak dapat balik modal!
Untung-untung, dapatlah anda jadi jutawan sementara. Ini kalau anda jenis upline yang gigih cari mangsa yang lain. Kalau anda jenis yang pasif dan tak berjaya approach orang lain untuk join sekaki bisnes tersebut, haa, masa ni lah masalah akan timbul.
Duit modal puluhan ribu yang anda pinjam lagi banyak lebur daripada dapat balik. Tinggallah anda terkontang-kanting dengan barang jualan. Sudahlah berhutang sana-sini, menanggung malu nak jumpa orang tu janganlah cerita.
Banyak dah bisnes yang kantoi akhirnya dan perlu berdepan dengan pihak berkuasa. Takyah fikir jauh-jauh, cuba Google isu syarikat ARBA dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Sudah-sudahlah terpedaya dengan terma-terma islamik yang indah khabar dari rupa. Acah-acah saja semua tu!
Tu baru satu. Jangan lupa cuba juga riki-riki apa yang jadi dengan skim Alfafa, Zenit Gold dan lain-lain. Siap ada yang dah masuk watchlist Bank Negara Malaysia (BNM). *gulp* Kantoi-kantoi pun, kadang mereka ini setakat didenda berapa puluh ribu ringgit, memang lolos juga akhirnya. Ada juga yang guna khidmat peguam hebat. Senang cerita, kalau ada duit banyak benda boleh buat.
Golongan scammers ni memang lambat nak serik. Sekali kantoi, mereka akan muncul lagi dengan taktik-taktik lain. Memang hidup atas duit orang lain. Terutama kalau anda termasuk dalam golongan dibawah:
1. Golongan middle class (gaji dalam 2-7k, selalu pening-pening fikir keperluan hidup)
2. Government servant (jeng jeng jeng, jangan terkejut sebab anda antara golongan senang buat pinjaman peribadi).
So, lepas ni kalau rasa nak buat pelaburan dalam bisnes begini untuk masa hadapan (janganla serik pula, bukan semua MLM berdosa), apa nak kena buat? Dicadangkan anda consider tiga poin utama ni:
1. Apa produk atau tawaran yang dioffer?
2. Berapa pula harganya? Masuk akal atau tidak?
3. Anda perlu atau tidak produk ini?
Kami harap anda tak ikut tersontot di pintu shorga. Senarai tips dah bagi banyak dah kat atas tu. Tinggal nak praktikkan je. Baik lagi kalau anda dapatkan terus buku Tuan Afyan Mat Rawi. Isi dalam tu lagi padu!
-sumber: https://bit.ly/2IDgcGO
6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan