Tafsir Tok Guru Nik Aziz: Surah Al-Fatihah (SOFTCOVER)

RM25.00
9786297551050
In stock
+

Tajuk: Tafsir Tok Guru Nik Aziz: Surah Al-Fatihah (SOFTCOVER)
ISBN: 9786297551050
Penerbit: Pertubuhan Alim Rabbani
Penulis: Ahmad Saifudin Yusof, Tengku Nurhusni Tengku Ab Razak 
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 104
Halaman: Hitam putih
Format: Sofcover
Berat (kg): 0.175
Dimensi (cm): 
 

NAMA SURAH AL-FATIHAH

Surah yang kita baca hari ini, kita panggil Surah al-Fatihah. Selain daripada al-Fatihah, banyak nama lain. Ada nama al-Syafi, ada nama al-Kafi, ada bermacam-macam nama lagi. Itu orang panggil mengikut nama jolokan. Kerana terlalu sayangnya Allah Subhana wa Ta’ala pada kandungan dan maksud Surah al-Fatihah, maka diberi nama bermacam-macam mengikut aspek- aspek tertentu. Yang kedua, disebut juga nama Ummul Kitab. Ummul Kitab maknanya ‘Emak bagi segala kitab’. Tidak kata ‘bapa kepada kitab’, tetapi panggil emak. Kerana manusia ini, kalau banding antara bapa dengan emak. Maka manusia sayang kepada emak lebih daripada sayang kepada bapa.

 
Surah al-Fatihah adalah rangkuman keseluruhan kandungan Al-Quran. 

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi Surah al-Fatihah membawa kita memahami kerangka pemikiran al-Marhum Tuan Guru terhadap ayat-ayat suci Al-Quran dalam seluruh urusan hidup di dunia dan di Akhirat. 

Tafsir ini membawa kita mengembara untuk memahami samudera kalimah-kalimah suci al-Quran di dalam surah Al-Fatihah. Menyelami makna hikmah terselindung di sebalik mutiara emas kalam llahi.

Daripada alunan bicara kuliah tafsir al-Marhum Tuan Guru, lautan ilmu beliau yang dalam, dapat kita selami bersama bagi setiap arus makna huruf dan kalimah AI-Quran supaya meresap ke dalam ketenangan hati manusia.

Pelayaran di lautan tafsir ini baru sahaja ditarik sauhnya dan dibentangkan layarnya. Bersama tiupan angin yang deras, kita akan merentasi gelora kalimah al-Quran yang mulia.

Tafsir ini akan terus meluncur laju di dalam fikiran, apabila dibaca dengan kejernihan jiwa dan ketenangan hati untuk mendekatkan diri kepada Pencipta yang Agung.

Melalui kepetahan kata-kata, ilmu dan pengalaman yang padat al-Marhum Tuan Guru, kita akan mampu menerobos masuk ke dalam pati rahsia Surah Al-Fatihah, surah yang pertama.
 
 
LATAR BELAKANG TAFSIR TOK GURU
 

Setelah sekian lama kita menaruh harapan untuk menatap kembali kalam hikmah daripada seorang tokoh yang disegani di Malaysia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Akhirnya tercapai juga harapan kali ini menatap setiap butir bicara hikmah menghuraikan Kalam Allah yang disampaikan setiap pagi Jumaat. Selepas 4 tahun Almarhum Tuan Guru meninggalkan kita, akhirnya penerbitan ini dapat direalisasikan. Penerbitan Tafsir Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah kesinambungan penerbitan tafsir yang pernah diterbitkan oleh beberapa pihak di era 90an. 

Audio asalnya ditranksip semula, kemudian dimasak dan diadun dengan tertib supaya semua orang di Malaysia dapat membacanya. Pembaca akan merasai 'kanji-kanji' bicara Tuan Guru yang segar dan enak melalui hidangan huraian Tafsir Al-Quran. 

 

TRANSKRIP KULIAH

Daripada audio asal kuliah Tok Guru yang disampaikan setiap hari Jumaat di Kelantan.

 

GAYA BAHASA

Mengekalkan gaya bahasa Tok Guru.

 

MAKSUD PERKATAAN

Dikekalkan perkataan dialek Kelantan dan diberikan maksud untuk memudahkan kefahaman semua.

 

KAEDAH PENULISAN DAN PENYUSUNAN

Transkrip kuliah diambil daripada audio kaset kuliah Tok Guru. Audio kuliah akan ditranskrip dengan ditaip setiap perkataan yang diucapkan oleh Almarhum Tuan Guru. Teks transkrip dikekalkan dalam sebutan dialek Kelantan, bagi memudahkan penyusun untuk memahami maksud penyampaian Almarhum Tuan Guru. Transkrip tersebut akan diedit dan disusun supaya dapat dibaca dan difahami oleh semua orang di Malaysia khususnya. Terdapat perkataan Kelantan yang dikekalkan bagi mengekalkan ucapan asal. Kemudian diletakkan maksud bagi setiap perkataan. Proses edit juga mengekalkan gaya bahasa Tuan Guru yang disampaikan menggunakan dialek Kelantan.

 

SENARAI MISALAN, KIASAN DAN ANALOGI

Tafsir Tok Guru ini mengandungi pelbagai misalan, kiasan dan analogi yang disampaikan sendiri oleh Tok Guru dalam kuliahnya untuk memudahkan kefahaman para pendengar. Antara analogi yang menarik adalah perihal cawan yang dipenuhi pasir bagi menggambarkan keadaan fikiran sebelum membaca al-Quran. Selain itu, penggunaan objek seharian juga dimasukkan sebagai kiasan dan gambaran. Contohnya, isi ceramah yang tidak disesuaikan digambarkan dengan perbuatan mahu membuka nat sembilan, tetapi menggunakan spanar dua belas. Senarai misalan, kiasan dan analogi ini disertakan untuk rujukan para pembaca.

 

BIOGRAFI RINGKAS TOK GURU

Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dilahirkan di Kampung Pulau Melaka, Kelantan pada hari Sabtu 10 Januari 1931. Beliau adalah anak kedua daripada sembilan orang adik beradik. Berkahwin dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan dengan Tuan Sabariah, beliau mendapat 10 orang anak iaitu 5 lelaki dan 5 perempuan. Pendidikan Tuan Guru bermula dari rumah melalui ayahanda beliau Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar. Kemudian beliau sempat belajar di beberapa institusi pendidikan yang wujud pada zamannya seperti Pondok Tok Kenali di Kubang Kerian, Kelantan, Madrasah Ittifakiah di Jerteh, Besut, Terengganu, Universiti Deoband, Universiti Lahore, Universiti al-Azhar sehingga ke peringkat Sarjana Perundngan Islam.

Sebelum terlibat dalam politik secara serius, beliau pernah menjadi tenaga pengajar di Jabatan Kelas Dewasa yang diwujudkan oleh kerajaan persekutuan bagi mengatasi masalah buta huruf dalam kalangan orang dewasa. Almarhum Tuan Guru pula menjadi tenaga pengajar bagi pengajian Islam kepada masyarakat. Beliau juga menjadi guru agama di beberapa sekolah agama di Kelantan seperti Sekolah Menengah Ugama Tarbiah Mardhiah, Sekolah Menengah Ugama Darul Anuar dan Maahad Muhammadi. Mula terlibat dengan politik bersama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada tahun 1967. Melalui pilihara raya kecil Kelantan Hilir dengan mengalahkan Tengku Noor Asiah Tengku Ahmad (UMNO) dengan majoriti 3,259 undi. Pada tahun 1990, apabila PAS memenangi pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri Kelantan, beliau dilantik menjadi Menteri Besar selama 22 tahun dan bersara pada tahun 2013.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Buku Ini Sesuai Untuk Anda