Sudah-Sudahlah Tertipu/ Menipu/ Ditipu

"Melihat kepada keadaan masyarakat yang semakin jauh dengan pengetahuan sains sehingga mana mereka jatuh dalam lembah "sains palsu"/pseudo-sains, maka kami rasa bertanggungjawab memperbetulkan pemikiran masyarakat. "

- Tim Root of Science

RM19.00
978-967-481-043-6
In stock
+

Format: Paperback

Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-481-043-6
Tarikh Terbit: 15 May 2017
Jumlah Muka Surat: 160

SARI RANGSANG


Ada macam benda-benda “ajaib” yang kita dengar dalam hidup. Daripada bumi ini sebenarnya tidak bulat kepada minum kicap boleh buat anak jadi hitam. Benarkah? Buku ini akan menjawab persoalan-persoalan ini dan banyak lagi.



ISI KANDUNGAN

Root of Science

Tidak Bahaya Beri Anak Wap Air Bawang Putih?

Makan Chia Seed Boleh Kurus?

Mandi Bermula daripada Kepala Penyebab
Angin Ahmar?

Ozon Terapi: Bagus atau Tidak?

Garam Buluh dan Kopi Mineral

Monosodium Glutamate Penyebab Sakit Kepala,
Kanser, dan Kerosakan Saraf: Benar?

Teh Rerama, Durian Belanda, Green Tea:
Adakah Benar Boleh Menyembuhkan Kanser?

Madu: Musuh Kuman yang Paling Digeruni

Sebab-Sebab Rumah Kita Panas dan
Bagaimana Mengatasinya (Bahagian 1)

Sebab-Sebab Rumah Kita Panas dan
Bagaimana Mengatasinya (Bahagian 2)

Minum Air Selepas Bangun Tidur Punca
Buah Pinggang Rosak?

Jangan Main Hujan, Nanti Demam!

Bumi Mendatar vs Bumi Sfera

Produk Aloe Vera (Lidah Buaya) Mencuci Usus?

Buat Rawatan Alternatif untuk Kanser,
Akhirnya Terdampar di Hospital Juga

Ulat Resdung Keluar daripada Muka?
Masyarakat Malaysia Ditipu Lagi

Kanak-Kanak Masuk ICU Sebab Makan Madu

Cermin Mata Berlubang Sembuhkan Mata Rabun?

Suami Darah ‘B’, Isteri Darah ‘A’,
Tetapi Bayi Darah ‘O’: Adakah Isteriku Curang?

Tip Menghadapi Kanak-Kanak Selsema
(2 Tahun Ke Bawah)

Kenapa Kita Rasa Mahu Buang Air Besar Sejurus
Selepas Kita Makan?

Produk Cuci Kerak Usus: Benar ataupun Tidak?

Bagaimana Badan Mempertahankan Diri
daripada Jangkitan Kuman?

Terapi Rendaman Kaki Ion: Adakah Ia Suatu Penipuan?

Penggunaan Detox Foot Pad: Berkesan ataupun Tidak?

Produk Apple Stem Cell Bagus untuk Kesihatan dan Kulit:
Betul ataupun Tidak?

Geletek Anak Boleh Menyebabkan Sakit Jantung

Penjual Air Reverse Osmosis (RO) yang Menipu Pelanggan

Adakah Resdung Boleh Diubati dengan Menghidu Asap
ataupun Habuk Kayu?

Minum Kicap Anak Jadi Hitam, Minum Soya Anak Jadi Putih:
Adakah Ia Benar?

Belimbing Buluh Mengurangkan Kuning pada Bayi

Diet Ikut Jenis Darah?

Di Sebalik Tabir


ULASAN

Ucapan syabas kepada Tim Root of Science kerana telah menghasilkan sebuah buku yang memberi penerangan dan penjelasan tentang perkara-perkara yang melibatkan sains yang tular di internet. Di dalam buku ini, segala persoalan dan ura-ura dijawab menggunakan ilmu sains yang tulen dan benar dari sudut biologi, kimia dan fizik. Buku ini sepatutnya dimiliki dan dibaca oleh masyarakat umum khususnya kepada insan-insan yang jenis main telan sahaja perkara yang diperoleh. Daripada tersumbat dengan fakta-fakta dan dakwaan yang karut, lebih baik kekenyangan dengan fakta-fakta dan ilmu yang sahih.

Buku ini juga ada menjawab tentang perihal pesan-pesan orang tua seperti "minum kicap anak jadi hitam, minum soya anak jadi putih".

Jawapan yang diberikan adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka. Kalau nak tahu lebih lanjut, kena bacalah buku ini.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda