Si Sabariah

RM25.00
9789671797112
In stock
+

NOVEL PERTAMA YANG DITULIS OLEH BUYA HAMKA!


Novel terawal Buya Hamka yang bukan biasa-biasa. Inilah titik bermulanya Hamka berani menjadi penulis.

Ditulis dengan lenggok bahasa yang indah sekali, seakan pembaca dibawa ke zaman silam. Ada pantun, ada kata nasihat dititipkan.

“Adat lembaga atas dunia, hina ada mulia pun ada. Sengsara miskin ada pula. Kaya-raya jangan disebut. Kalau orang diterima akan diambil jadi menantu. Elok fikirkan terlebih dahulu, jangan terkena di kemudian hari. Janganlah bersifat seperti orang kini. Habis manis sepah dibuang.”

-Si Sabariah.



Naskhah yang pernah terbit lebih 90 tahun dahulu kini dalam edisi dwibahasa (bahasa Melayu dan Minang) dan dalam versi yang lebih segar dibawakan khas oleh Jejak Tarbiah untuk anda semua.

Selami cerita Si Sabariah yang diinspirasikan daripada kisah benar yang pernah berlaku di kampung halaman Hamka.

Si Sabariah mengisahkan tentang seorang wanita yang menghadapi dilema ketika harus memilih antara dua pilihan, iaitu bercerai dengan suaminya (Pulai) atau memutuskan hubungan kekeluargaan dengan ibunya (Sariaman).

Ia sebuah kisah cinta tragis. Kisah cinta yang tersepit akibat ketamakan. HAMKA, seperti biasa, dengan bahasanya yang puitis tidak hanya menyorot kisah bertemakan cinta tetapi turut membawakan citra adat budaya Minangkabau dalam naskhah langka ini.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda