Setia Dengan Kebenaran

RM30.00
9789671476413
In stock
+

===========================

Format: Paperback
ISBN-13: 9789671476413
Tarikh Terbit: 2017
Jumlah Muka Surat: 330

Berat (Kg): 0.339
Penulis: Hasrizal Abdul Jamil
===========================
Sinopsis
Buku Setia Dengan Kebenaran adalah kumpulan artikel bernada travelog santai tetapi berintipatikan persoalan yang serius dan isu yang rumit.
Penulis merungkai, mengkritik, memberikan pandangan berkaitan isu semasa, budaya, kebekuan mentaliti masyarakat, sambil menawarkan solusi dan sudut pandang yang lebih sejahtera dengan rujukan nas utama agama: al-Quran dan al-Sunnah. Pelbagai persoalan yang dikemukakan dicungkil daripada perjalanan penulis sepanjang hidupnya.
Dengan judulnya "Setia Dengan Kebenaran", penulis mengajak ke semua pembaca supaya kekal setia dengan kebenaran meskipun berada dalam kelompok minoriti dan terasing.
============================================================================================

Penulis
Nama : Hasrizal Abdul Jamil

Hasrizal Abdul Jamil merupakan pendakwah bebas dan juga seorang penulis. Antara penulisan beliau yang menjadi best seller adalah bertajuk "Aku Terima Nikahnya" . Penulis kelahiran Ipoh, Perak ini mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian) dari Universiti Mu'tah, Jordan pada tahun 2001. Beliau juga merupakan Academic Director di Khalifah Model School (Secondary). Sekolah ini merupakan sebuah sekolah Islam bersepadu swasta yang telah dibangunkan oleh Yayasan Pendidikan Khalifah.

Bagi memantapkan lagi ilmu pengetahuan beliau dalam bidang dakwah dan penulisan, beliau sedang menyambung pengajian dalam Master of Arts (Education) in Learning, Education and Technology (LET) di University of Oulu Finland. Selain itu, beliau juga sangat aktif menulis di laman website yang dinamakan sebagai saifulislam.com (Pendidikan Jalan Islah).

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda