Selama Nafasku Berhembus

RM33.00
9789671590317
In stock
+

Biarpun engkau pergi terlalu awal,

Pemergianmu dirindui sepanjang hidupku.

Engkau pergi bukan membawa diri,

Tetapi membawa seluruh isi hidupku bersama.

"Kenapa terlalu cepat Allah tarik semua benda? Bukan abi seorang!

Tapi semua benda! Allah memang kejam!"

Seorang lelaki berdiri, lengkap berbalut kain putih, tapi koyak rabak di seluruh tubuh badan.

Ah! Darah penuh melekat di setiap inci kain itu.

Baunya usah dicakap, tak ubah seperti bangkai binatang!

Wajahnya menakutkan! Matanya merah, mulutnya hitam legam!

Bekas-bekas libasan terlihat jelas, sehingga koyak kulit.

Darah hitam terpancut keluar!

Aku tidak pernah melihat manusia seburuk ini! Ngeri!

Dadaku sesak, suaraku tersekat-sekat.

Semakin dia mendekat semakin kuat debaranku.

"Aku akan ganggu kau sampai kau tak percaya Tuhan!"

Bibirnya terbuka luas. Lidahnya terjelir panjang, sementara darah memancut keluar sehingga terpecik ke wajahku. Tangannya berbekas libasan. Koyak. Rabak. Bagai dihiris pedang! ""Skrkkkkkkkk..."" perlahan-lahan dia mengoyakkan kulit tangannya!

Siapakah lelaki itu? Mengapa dia mesti hadir ke dalam hidupku!

Biarkanlah aku bebas!

Selama nafasku berhembus, dapatkah aku tunaikan `janji-janji ' ku kepada 'nya' ? "

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda