SAYANGI JANTUNG DAN PAYUDARA ANDA
Apa Kata Ibnu Sina ?
Penyakit kardiovaskular atau lebih senang disebut sakit jantung adalah pembunuh senyap no. 1 yang paling ditakuti. Ramai pesakit jantung yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya sudah lama mengalami masalah jantung. Oleh itu, pengesanan awal tentang tanda-tanda penyakit jantung amat penting diketahui oleh semua pihak.
Buku ini membincangkan tentang tanda, punca, jenis, dan rawatan yang berkaitan dengan penyakit jantung. Turut dibincangkan juga hal-hal yang berkaitan dengan khafaqan dan pitam kerana kedua-dua gejala ini amat berkait rapat dengan masalah jantung.
Selain itu, buku ini turut membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan payudara, termasuk bengkak payudara, masalah susu pada payudara dan perengangan payudara. Buku ini diakhiri dengan perbincangan tentang teori, roh dan ubat-ubatan jantung melalui sumber alamiah dan semula jadi berdasarkan pengetahuan dan pengalaman Ibnu Sina yang tidak pernah dibincangkan kecuali melalui buku yang anda tatapi ini.
6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan