Rahsia Hidup Tenang
- Ingat Allah. Dia ada kata yang hati kita ini akan tenang bila kita sentiasa ingat kepada-Nya, kan?
- Solat itu istirahat. Jika kita mahu berehat daripada urusan dunia, bersolatlah.
- Bersyukur dengan apa yang kita ada. Tidak merungut dan tidak juga kufur.
- Tawakal. Selepas berusaha, kita serahkan hasilnya kepada Allah.
- Maafkan orang lain. Mereka buat salah pada kita? Maafkan.
- Bersangka baik. Jangan kita mereka-reka cerita yang kita tidak tahu.
- Senyum! Paling mudah dan orang lain yang memandang kita pun akan tertawan hatinya.
=======================================
Komentar
Sesuai dengan judulnya, buku Relaks & Senyum ini adalah tentang stres dan pengurusan stres, serta cara untuk hidup dengan lebih tenang dan bahagia. Rasa ego, rasa besar diri, rasa perasan bagus, rasa diri lebih baik akan diinjak sampai lumat tidak bersisa kerana inilah asal punca kepada masalah stres yang menimpa.
Pengurusan stres ini penting untuk dipelajari kerana untuk mendapat rasa tenang itu bukannya mudah disebabkan masalah yang menimpa kita, datangnya hampir setiap hari dan dalam cara dan ‘berat’ yang berbeza pula.
Maka antara tipnya adalah kita perlu bermuhasabah untuk setiap yang telah dan akan kita lakukan, muhasabah atas perangai sendiri serta memberi dorongan positif kepada diri sendiri supaya kita lebih tenang dan relaks dalam hidup.
Buah tangan pertama Datuk Prof. Dr. Muhaya bersama Karya Bestari ini sangat istimewa kerana ia dihadirkan dengan layout yang menarik dan berwarna, serta penyampaian yang santai. Sesuai untuk bacaan remaja dan dewasa.
6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan