#Prof Muhaya - Ayuh, Audit Diri

Buku #profmuhaya adalah koleksi status FB Prof Muhaya yang terpilih dan dikategorikan mengikut tema tertentu.

RM13.00
978-967-411-533-3
In stock
+

SINOPSIS BUKU

Buku #profmuhaya adalah koleksi status FB Prof Muhaya yang terpilih dan dikategorikan mengikut tema tertentu. Tambahan cerita inspirasi yang diselitkan, pastinya memberikan impak tambahan kepada pembaca. Buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:


Bahagian 1: Semoga Kita... Doa untuk Semua

Semoga kita sentiasa berlemah lembut kepada pasangan dan anak-anak. Sekiranya akhlak anak kita kasar, renunglah diri sendiri dan minta maaf kepada anak-anak jikalau kita menunjukkan contoh kekasaran kepada mereka.


Bahagian 2: Mutiara Kata... Positif Minda

Antara cara mudah bagi melupakan apa yang orang lakukan terhadap kita adalah fikirkan ketika kita hendak mati. Ketika itu, penting ataupun tidak orang yang menyakitkan hati kita itu?


Bahagian 3: Tanya Prof... Manfaat Bersama

Apakah pendapat Prof tentang seseorang yang berjimat untuk orang lain, tetapi boros untuk diri sendiri?

Orang seperti ini saya panggil manusia rugi. Selalunya, lebih baik kita berjimat untuk diri kita, iaitu kita hendak membeli barang yang mahal untuk diri sendiri, kita berasa sayang tetapi kita lebih senang menggunakan duit kita untuk memberi ataupun bersedekah kepada orang.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda