Penghasilan Disertasi Berkualiti dalam Pendidikan Matematik

RM88.00
9789831007433
In stock
+

Penghasilan Disertasi Berkualiti dalam Pendidikan Matematik

Author: Nik Azis Nik Pa

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831007433

Weight:

Year: 2014

Page: 501 pp

Price: RM88


Buku Penghasilan Disertasi Berkualiti dalam Pendidikan Matematik dikonseptualisasikan dengan berasaskan pengalaman lebih daripada 30 tahun sebagai penyelia tesis dan disertasi dan pengalaman lebih daripada 15 tahun sebagai pensyarah kursus penyelidikan dalam pendidikan matematik peringkat sarjana di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.


Buku ini membekalkan panduan asas tentang aspek penting bagi proses penulisan disertasi daripada tajuk kajian sehingga kepada lampiran kajian, dengan penekanan kepada aspek fungsi dan bentuk. Buku ini juga merumuskan standard pelaporan semasa bagi manuskrip disertasi yang boleh menghasilkan suatu bentuk komunikasi saintifik yang kukuh, koheren, mudah, elegan, dan berkualiti.


Secara khusus, buku ini membekalkan panduan asas tentang perancangan dan penulisan manuskrip disertasi. Tumpuannya adalah kepada tujuh bidang utama: keperluan bagi penyediaan manuskrip disertasi, kandungan dan organisasi disertasi, gaya penulisan disertasi,standard pelaporan saintifik bagi kajian disertasi, pengurangan bias dalam komunikasi linguistik, penggunaan unsur grafik dalam teks secara berkesan, dan format tentang cara untuk membuat rujukan bagi sumber maklumat yang digunakan.Fokus utama perbincangan dalam buku ini adalah kepada cara untuk memenuhi standard yang rapi dan kukuh bagi komunikasi saintifik. Borang penilaian kualiti disediakan bagi setiap bab.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda