Sinopsis
Dalam era serba moden ini, bergelar pelajar menuntut kekuatan dari pelbagai sudut. Bukan sekadar mental, spiritual, dan emosi, malah fizikal juga perlu kuat. Tiada individu yang terkecuali, tidak kira siapa pun dia. Pelajar Bertanya Profesor Doktor Muhaya Menjawab diilhamkan daripada persoalan dan pengalaman yang diajukan kepada Profesor Doktor Muhaya, selama beliau berkhidmat sebagai doktor sehingga sekarang.
Buku ini merangkumi aspek:
- Pelajaran
- Fesyen
- Perhubungan
- Kesihatan
- Kewangan
- Dilema dalam Diri
- Persahabatan
- Politik
- Disiplin
Dengan tagline 'Celik Mata, Reset Minda,' Profesor Doktor Muhaya sentiasa menarik para pendengarnya dengan kata-kata yang penuh inspirasi. Bak sebutir mutiara yang bersinar, beliau tidak pernah jemu berbakti dan berkhidmat untuk masyarakat.
6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan