Modul-Modul Hafazan Al Quran
Author: Sedek Ariffin, Mustaffa Abdullah & Muhamad Alihanafiah Norasid
Publisher: UM Press
ISBN: 9789831009338
Weight:
Year: 2017
Page: 172 pp
Price: RM46
Terdapat 12 modul hafazan direkayasa dalam karya ini, dan modulmodul terbabit dikupas dalam setiap bab. Bermula dengan modul menghafaz al-Quran 30 minit sehari sehingga modul menghafaz al-Quran 10 jam sehari. Menariknya, modul-modul yang diketengahkan dalam karya ini tidak bersifat eksklusif buat mereka yang berkecimpung dalam dunia hafazan al-Quran semata-mata, malah ia terpakai buat semua golongan kelas dan usia. Penyediaan modul-modul tersebut bersesuaian dengan kapasiti setiap individu yang mempunyai minat mendalam untuk menghafaz al-Quran walaupun komitmen masa dan kemampuan hafazan mereka berbeza-beza.
Justeru, penghasilan karya ini sekaligus menegaskan bahawa seluruh umat Islam mampu menghafaz keseluruhan al-Quran serta mengingati hafazan al Quran dengan mantap, asalkan mereka berminat untuk menghafaz al-Quran, memiliki asas bacaan al-Quran yang baik, serta menuruti modul-modul yang dikemukakan dalam karya ini secara bersungguh-sungguh, konsisten, dan berdisiplin dengan peruntukan jam yang telah ditetapkan dalam sehari.
6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan