Format: Paperback
ISBN-13: 978-983-3603-53-4
ISBN-10: 983-3603-53-X
Tarikh Terbit: 6 Oct 2008
Jumlah Muka Surat : 152
================================
Nabi Muhammad terbukti adalah manusia terbesar sepanjang sejarah. Tidak ada pemimpin spiritual lain yang mampu memberikan pengaruh sebesar pengaruhnya yang merangkumi semua bidang. Nabi juga menghasilkan para sahabat yang juga berjaya dalam banyak bidang, menghasilkan generasi-generasi pembaharu termasuk para ilmuwan, sasterawan, ahli falsafah dan pemimpin yang handal serta menghasilkan pelbagai hukum dan peraturan yang mengatur kehidupan manusia menjadi lebih baik
Kata Pengantar
Nabi Muhammad: The Greatest
Prakata
Prolog
Nabi Muhammad yang Tidak Habis-habis Dikagumi
Bab 1
Nabi Muhammad Sebagai Seorang Usahawan
Pengajaran daripada Menjadi Seorang Penggembala
Pengajaran daripada Kegetiran Hidup
Jejak Keusahawanan Nabi Muhammad
Inti Pati Ajaran Rasul
Karier Sebagai Pedagang
Inti Pati Ajaran Rasul
Bab 2
Bagaimana Nabi Muhammad Membina Keusahawanannya
Tahap Keusahawanan Nabi Muhammad
Inti Pati Ajaran Rasul
Model dan Prinsip Keusahawanan Nabi Muhammad
Inti Pati Ajaran Rasul
Bab 3
Cara Nabi Muhammad Membina Kredibiliti dan Kebolehan
Mengutamakan Akhlak
Mengutamakan Pembelajaran
Mengutamakan Orang Lain
Mengutamakan Silaturahim
Inti Pati Ajaran Rasul
Karakter Unggul FAST
Orang yang Cerdas
Inti Pati Ajaran Rasul
Orang yang Dipercayai
Orang yang Benar dan Jujur
Inti Pati Ajaran Rasul
Orang yang Komunikatif
Bab 4
Nabi Muhammad Sebagai Usahawan yang Berdedikasi
Inspirasi Menjadi Kaya
Dorongan Umat Islam Memperjuangkan
Kekayaan
Meluruskan Hakikat Sabar, Qanaah,
Tawakal dan Zuhud
Daripada Kemahiran Perniagaan kepada
Undang-undang Perniagaan
Bertumbuhnya Ekonomi Syariah
Perbankan Syariah
Insurans
Pembiayaan dan Penggadaian
Peruncitan dan Perhotelan Syariah
Nasihat-nasihat Nabi Muhammad
dalam Berniaga
Persaudaraan Islam
Keutamaan Usahawan
Tidak Mengecewakan Orang Lain
Menimbang dengan Benar
Memudahkan dan Tidak Menyusahkan
Mengelak Permusuhan
Mengelak Kesombongan
Melarang Berniaga Barang Haram
Melarang Menjual Barang yang Tidak Ada
Melarang Bersumpah bagi Meyakinkan Pembeli
Melarang Berbohong atau al-Ghisy dan Berkhianat
Melarang Memakan Riba
Produk-produk Bank Syariah
Epilog: Nabi Muhammad Usahawan Berjaya
Bibliografi
Sama ada kita sedar ataupun tidak, orang Islam sering terlupa, Nabi Muhammad adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya pada zamannya. Ini kerana kita sering menyempitkan pandangan kita pada beliau. Kita hanya melihat Nabi Muhammad sebagai pemimpin agama semata-mata. Kita juga lebih banyak mengetahui kisah hidupnya selepas beliau diangkat menjadi rasul. Padahal, contoh-contoh pada dirinya yang perlu kita ikuti wujud sejak beliau kanak-kanak, remaja dan sehingga dewasa. Sebelum diangkat menjadi rasul, nabi menunjukkan peribadi yang menandakan beliau bakal menjadi manusia terpenting dalam sejarah dunia.
Di dalam bukunya yang bertajuk, Muhammad SAW: The Super Leader Super Manager, Muhammad Syafi’i Antonio memaparkan ciri-ciri kehandalan Nabi Muhammad dalam lapan bidang. Bidang-bidang itu adalah pembangunan diri, perniagaan, kekeluargaan, dakwah, sosial dan politik, pendidikan, undang-undang dan ketenteraan. Kelapan-lapan ciri ini berasal daripada satu sumber iaitu ajaran Islam.
Dengan demikian, kita perlu menyelami pelbagai aspek kehidupan Nabi Muhammad dan bukan membatasi pada aspek spiritual sahaja. Aspek spiritual adalah roh kepada keseluruhan aspek kehidupan yang membawa manusia mencapai kejayaan.
6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan