Memulakan Bisnes Sendiri adalah sebuah naskah yang cukup lama bertahan di pasaran. Dalam edisi terbaru, buku ini telah diolah 100% ke bentuk infografik dan berwarna.
Buku ini ditulis bagi saudara yang baru hendak mencari peluang memulakan bisnes sendiri. Buku-buku panduan memulakan bisnes sendiri yang sudah ada dalam pasaran lazimnya mengandaikan sesiapa sahaja dapat memulakan bisnes sendiri dengan jayanya. Andaian itu meleset daripada realiti sebenar.Tidak semua orang dapat memulakan bisnes sendiri dengan jayanya. Majoriti individu yang cuba menceburi bidang bisnes mengalami kegagalan dan kerugian dalam tempoh tiga tahun selepas membuka bisnesnya. Ini adalah realiti. Jadi buku ini ditulis bagi membantu saudara mengukur diri saudara, apakah saudara mempunyai keupayaan dan kesanggupan memulakan bisnes sendiri.Buku ini juga ditulis bagi membantu saudara mengenal pasti beberapa jenis kesilapan yang kerap dilakukan oleh mereka yang baru hendak memulakan bisnes sendiri, supaya saudara tidak mengulangi kesilapan jenis itu. Ada tiga kumpulan orang yang cuba memasuki dunia bisnes:
1. Mereka yang mempunyai bakat semula jadi dalam bidang bisnes.
2. Mereka yang tidak mempunyai bakat bisnes.
3. Mereka yang mempunyai bakat, tetapi bakatnya itu tidak cukup besar.
Buku ini dikemas kini daripada segi bahasa dan susun atur bagi meningkatkan penampilan dan kualitinya. Buku ini memberi panduan dan tip kepada sesiapa sahaja yang berminat memulakan perniagaan sendiri.Antara perkara menarik yang disentuh di dalam buku ini seperti bagaimana memilih calon isteri untuk usahawan, bagaimana memilih syarikat dan sektor bisnes, bagaimana memilih rakan kongsi dan bagaimana syarikat dirompak dan perkara baik yang membahayakan.
ISI KANDUNGAN
Bahagian 1:
Sebelum Memulakan Bisnes Sendiri
Kisah Benar Seorang Jutawan
Bakat Bisnes
Calon Isteri untuk Calon Usahawan
Halangan Keluarga
Rekod Sebelum Berniaga
Menyediakan Anak Menjadi Usahawan
Biasiswa dan Bisnes
Bahagian 2:
Mitos dalam Dunia Bisnes
Usahawan, Cinta dan Seks
Formula Berjaya dalam Bisnes
Orang Bisnes dan Risiko
Pandai Bersaing
Bisnes Part-Time
Semua Orang Boleh
Imej Penting dalam Bisnes
Pelanggan Kaya
Usahawan Cina Bunuh Melayu
Berniaga dengan Keluarga
Jurujual Hanya Bagi Bisnes Besar
Bahagian 3:
Memilih Syarikat dan Sektor Bisnes
Memilih Jenis Syarikat
Mencari Nama Syarikat
Memilih Jenis Bisnes
Bisnes Pengeluaran
Bisnes Berdagang
Bisnes Perkhidmatan
Mulakan Secara Kecil-kecilan
Bahagian 4:
Perkara Baik yang Membahayakan
Duit Banyak
Bisnes Terlampau Baik
Barang Terlalu Laku
Bahagian 5:
Motivasi Memulakan Bisnes
Sebab Hendak Berniaga
Pandai Membuat Produk
Menyelesaikan Masalah Kewangan
Hendak Menjadi Jutawan
Peluang Mendapat Bisnes
Mempunyai Modal Berniaga
Berniaga kerana Diajak Berniaga
Bahagian 6:
Latar Belakang Usahawan Baru
Orang Pandai Memulakan Bisnes
Pekerja Cemerlang Membuat Bisnes
Orang Korporat Membuka Bisnes
Lulusan Luar Negara Membuka Bisnes
Isteri Orang Kaya Hendak Berniaga
Anak Orang Kaya Hendak Berniaga
Bahagian 7:
Politik dan Usahawan
Berkawan dengan Orang Politik
Bantuan Orang Politik
Aiskrim Orang Politik
Bahagian 8:
Memilih Rakan Kongsi
Mencari Rakan Kongsi
Memilih Rakan Kongsi
Dua Rakan Kongsi
Rakan Kongsi RM1
Rakan Kongsi Tanpa Modal
Rakan Kongsi Tidur
Rakan Kongsi Suami Isteri
Majikan Sebagai Rakan Kongsi
Rakan Kongsi Nasi Padang
Bercerai dengan Rakan Kongsi
Bahagian 9:
Bagaimana Syarikat Dirompak?
Dirompak oleh Rakan Kongsi Sendiri
Dirompak oleh Rakan Pengerusi Sendiri
Dirompak oleh Kakitangan Sendiri
Dirompak oleh Konsultan Sendiri
Merompak Syarikat Sendiri
Bahagian 10:
Perniagaan Gerai dan Restoran
Membuka Kedai Makan
Kalah Bersaing
Menjaga Pembekal
Menolong Jiran Niaga
Memilih Kedudukan Gerai
TV, Radio dan Anak-Anak
Meja Restoran Cina
Pinggan Restoran Cina
Pinggan Restoran Nasi Padang
Bahagian 11:
Gol Sebagai Senjata Kejayaan
Gol yang Bermakna
6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan