Tajuk: Kembara Menuju Allah (Softcover)
ISBN: exclusive-soft-cover
Penerbit: Publishing House
Penulis: Ustazah Asma Harun & Dwi Suwiknyo
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat:
- Ya Allah, Kepada-Mu Aku Kembali: 198
- Ya Allah, Jangan Biarkan Aku Sendiri: 188
- Ya Allah, Bersama-Mu Aku Bahagia: 218
- Ya Allah, Aku Rindu Kepada-Mu: 192
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg): 0.885
Dimensi (cm): 19.3cm x13.5cm x4.6cm
Inilah adalah buku terbaru Ustazah Asma Harun bersama karyawan terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah swt & hadis Rasulullah saw.
Buku ini diibaratkan sebagai pakej kehidupan seorang hamba dalam mencari keredhaan Allah (mardhatillah). Empat buah ini dipakejkan secara eksklusif dan dinamakan sebagai Siri Kembara Menuju Allah.
Ustazah Asma Harun
36 tahun yang lepas ustazah lahir di kampung Batu 6, Kuala Terengganu. Ibu tercinta bernama Fikriah binti Awang, seorang guru fizik. Ayah tersayang Harun bin Ismail seorang peniaga (kedai Nasi Ayam Bt 6) dan juga pendakwah. Salasilah, Tok Guru Haji Abbas adalah moyang, Ustaz Haji Awang Abu Bakar adalah datuk ustazah.
Pengajian ustazah bermula daripada PASTI, Darul Taqwa, SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka, SMU (A) Maahad Muhammadi Lilbanat KB, Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Universiti Al-Azhar Mesir, dan Open Univercity Malaysia (OUM). Doakan rezeki ustazah ke Ph.D. Insya Allah.
Pengalaman bekerja di JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bermula 2008. Sebagai Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam dan Penolong Pengarah Bahagian Halal. Ustazah meletakkan jawatan pada tahun 2017.
Ketika umur ustazah 22 tahun, saatnya Allah temukan ustazah dengan seorang lelaki, suami, dan ayah yang sangat baik. Tengku Fazli bin Tengku Yahya, orang Kuala Besut, Terengganu. Selalu beliau dipanggil ustaz sebab isterinya ustazah. Beliau seorang pensyarah dalam bidang chemical engineering. Alhamdulillah, ustazah dan suami dikurniakan Allah 7 orang anak, iaitu Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah. Atas-atas kebaikan yang Allah beri kepada Ustazah melalui mereka, Ustazah pun mahu lakukan yang sama.
SubhanAllah, ustazah hanya orang biasa-biasa sahaja, yang diberi sedikit kemampuan dan amanah untuk menyampaikan, mohon doakan terus kuat untuk melangkah, mohon teguran apabila ustazah melakukan kesalahan.
Kembara Menuju Allah
"Ya, Allah. Aku Rindu Kepada-Mu."
Kerinduan kepada Allah itu adalah fitrah. Namun, kita tidak sedar dan kita selalu menafikannya.
Buku ini akan membantu kita bagaimana menanam rasa rindu kepada Allah. Kerinduan ini akan membuatkan kita bersiap-sedia menghadapi kematian.
Kerana kita semua tahu, kematian adalah pintu untuk bertemu dengan Allah.
"Ya Allah. Jangan Biarkan Aku Sendiri."
Pada hakikatnya, Allah tidak pernah membiarkan kita bersendirian. Tetapi kita yang sering kali meninggalkan Allah.
"Ingatlah Aku, nescaya Aku ingat padamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kufur." - Surah Al-Baqarah, ayat 152.
Kita tidak mahu hidup dalam keadaan dibiarkan oleh Allah dan jauh daripada hidayah-Nya.
"Ya Allah. Bersama-Mu Aku Bahagia."
Inilah fasa seterusnya dalam hidup kita. Kita mahukan satu kehidupan yang cukuplah kita dengan adanya Allah.
Hidup dengan Allah, kita rasa cukup. Apa yang Allah beri, kita rasa cukup.
Apa yang Allah ambil, kita tahu itu yang terbaik untuk kita. Cukuplah Allah bagiku. Tiada apa-apa dalam hatiku melainkan Allah.
"Ya Allah. Kepada-Mu Aku Kembali."
Buku ini sebagai bekalan untuk menghadapi saat kepulangan kita kepada Allah. Semoga kepulangan kita dalam keredhaan Allah.
"Wahai jiwa-jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan redha dan lagi diredhai-Nya. Masuklah ke dalam golongan hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku." Surah Al-Fajr, ayat 27- 30.
Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.
"Ya Allah, Aku Bersyukur Engkau Menciptakan Aku."
Aku bersyukur Engkau menciptakan aku untuk lahir ke dunia. Dunia ini indah. Tanpa aku lahir ke dunia, belum tentu aku dapat ke syurga. Kerana begitulah perjalanannya.
Sudah dinyatakan syurga itu untuk manusia yang beriman. Manusia itu wujud setelah lahir ke dunia.
Tiada yang bernama manusia jika ia tidak pernah hadir ke dunia.
"Ya Allah, Hanya Engkaulah Pemberi Rahmat."
Sesungguhnya bukti kasih sayang Allah itu terlalu luas untuk dibilang. Ada berbentuk kurniaannya rezeki sihat, rezeki kaya, malah diberikan ujian juga termasuk dalam bukti kasih sayang Allah.
Dunia ini penuh dengan perangkap. Kita perlu lekas berhati-hati. Banyak perkara yang mengaibkan di dunia, sebenarnya menyelamatkan aibmu dibuka di akhirat kelak.
Jangan sesekali kita berputus asa dengan rahmat Allah.
Tajuk: Ubah Lelah Jadi Lillah
ISBN: 978-967-481-559-2
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Dwi Suwiknyo
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 552
Halaman: Hitam putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.725
Dimensi (cm): 22.7cm x 15.2cm x2.6cm
Ubah Lelah Jadi Lillah
oleh Dwi Suwiknyo
terjemahan oleh Nor Azilawati binti Hj. Mat Isa, Dr. Zanariah binti Hj. Mat Isa
Kadang-kadang dalam usaha bagi mengejar satu matlamat hidup, terdapat bahagian daripada hidup kita yang harus dikorbankan. Demi memenuhi kehendak pekerjaan, keluarga terabai, kesihatan tidak kita fikirkan, bahkan hak Allah SWT pun dilewatkan. Padahal, itu hanya ketidakmampuan kita mengurus waktu ataupun memang tidak ada niat bagi menyeimbangkan kehidupan?
Semoga segala aktiviti kita sehari-hari tidak menjadi sia-sia. Segala lelah dapat menghasilkan bahagia, tidak hanya bahagia untuk diri kita sendiri, malah untuk orang-orang yang terdekat. Semoga apa pun yang kita cintai di dunia ini, sama sekali tidak mampu memalingkan hati kita daripada Allah SWT. Buku ini dihadirkan sebagai teman perbincangan, sebagai bahan merenung supaya saling mengingatkan betapa sayang sekiranya kita melewatkan hidup dengan sia-sia dan tidak tentu arah.
Prinsip pertama: Pastikan aktiviti kita terarah.
Prinsip kedua: Pastikan apa yang kita kejar dan usahakan di dunia ini mampu membawa kita kepada keberkatan.
Prinsip ketiga: Berusaha kuat supaya hidup kita mampu menghasilkan kebaikan kepada masyarakat.
Prinsip keempat: Semua akan mudah dicapai apabila kita sudah berniat dan bertekad untuk llillah (kembali pada aturan Allah SWT ) dari awal.
6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan