===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN-13: 978-967-411-945-4
Jumlah Muka Surat: 264
Berat (Kg): 0.25
===========================
SARI RANSANG
Membongkar Hikmah Pengharaman Babi
“Banyak sekali perkara yang bermain di fikiran apabila membaca buku ini. Daripada isu mudarat lebih daripada khasiat, pengubahsuaian genetik, peranan kajian, kepada pelbagai lagi idea dan hikmah yang tersirat. Saya memang sarankan untuk anda baca!”
Yang Berhormat Hajjah Mumtaz Md Nawi
EXCO Kerajaan Negeri Kelantan
ADUN Demit
“Sebuah buku yang menarik kerana membincangkan perihal hukum haram haiwan babi dari sudut saintifik, khususnya kesan negatifnya kepada otak dan saraf. Kesan ini secara langsung menular ke bahagian jasad yang lain, oleh itu boleh memberi kesan negatif yang ketara kepada masyarakat. Ia patut dibaca oleh semua individu dalam usaha bagi menjadi ‘lebih bersih dan sihat’.”
Prof. Dr. Zamzuri Idris
Ketua Jabatan Neurosains USM
Consultant Neurosurgeon
“Perkataan BABI adalah satu perkataan yang sinonim dengan hal-hal yang jelik dalam komuniti Muslim. Sedangkan ia adalah sumber makanan utama bagi sesetengah komuniti bukan Islam. Pertembungan ini banyak mencetuskan persepsi negatif antara satu sama lain dan menyebabkan pengkelasan babi sebagai najis berat dalam Al-Quran dipandang serong. Inginkan hujah islamik dan saintifik pengharaman babi dalam Islam? Buku ini ada jawapannya!”
Dr. Zulkifli Mustapha
Pensyarah Neurosains USM
Bidang Kepakaran Comparative Neurosciences
=======================================
ISI KANDUNGAN
PRAKATA
PENGHARGAAN
KATA PENGHANTAR
BAB 1: MENGENALI BABI
BAB 2: PRODUK-PRODUK BERASASKAN BABI
BAB 3: PENGHARAMAN BABI DARI SUDUT AGAMA
BAB 4: HIKMAH AKHLAK
BAB 5: HIKMAH PENGHARAMAN BABI DARI SUDUT INTELEKTUAL
BAB 6: HIKMAH PENGHARAMAN BABI DARI SUDUT SEKSUAL
BAB 7: HIKMAH FIZIKAL
Bahagian A: Babi dan Sebaran Penyakit
Bahagian B: Penyakit Fizikal Akibat Memakan Babi
BAB 8: HIKMAH PENGHARAMAN BABI DARI SUDUT EKONOMI
PENUTUP
GLOSARI
====================================
ULASAN
Babi atau lebih sopan dipanggil Khinzir adalah spesis haiwan yang dikategorikan sebagai salah satu daripada haiwan ternakan namun ada juga subspesis babi lain yang hidup liar dikawasan hutan dan ladang-ladang. Babi juga merupakan antara haiwan yang boleh dikatakan banyak kontroversinya.
Seperti yang diutarakan dan dibincangkan dalam buku ini, Babi adalah punca kepada banyak masalah dari sudut kesihatan manusia baik dari segi fizikal mahupun mental. Berdasarkan input-input yang ada didalam buku ini, dapatlah disimpulkan bahawa ada hikmahnya mengapa Allah S.W.T melarang umatnya memakan babi walaupun sedikit melainkan dalam keadaan darurat. Tambahan lagi, segala penyakit yang berpunca dari makan babi di jelaskan bagaimana penyakit tersebut beroperasi dan kesannya keatas diri manusia menggunakan hujah yang berlandaskan kajian dan fakta.
Oleh itu, para pembaca tidak perlu risau. Lagipun penulisnya merupakan seorang yang ahli dalam bidang sains neuro kognitif. buku ini amat sesuai dibaca oleh khalayak umum, tanpa mengira batas kaum dan agama yang dianuti kerana kebaikan yang ada pada Islam adalah untuk sekalian manusia. bukan untuk kepentingan kelompok-kelompok tertentu. Tetapi, yang peliknya mengapa masih ramai lagi manusia yang suka memakan daging babi walaupun sains telah membuktikan bahawa memakan babi boleh menyebabkan pelbagai mudarat? Aneh bukan?
-sumber: H2413
6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan