Kau Sembah Apa?

"Keganasan dan perbalahan antara agama berlaku disebabkan tidak ada interaksi antara mereka. Mereka tidak ada persefahaman dan tidak ada nilai penghormatan antara satu sama lain. Masyarakat akan bersifat individualisme dan rasisme, serta tidak ada keterbukaan dalam menerima kepelbagaian. Puncanya, mereka tidak "dekat" ". - Ahmad Iqram Mohamad Noor

List price: RM25.00
RM23.00
You save: RM2.00 (8%)
978-967-369-334-4
In stock
+

===========================

Format: Paperback
Saiz: 5.3" x 7.6"
ISBN-13: 978-967-369-334-4
Tarikh Terbit: 15 Mar 2016
Jumlah Muka Surat: 280
Berat (Kg): 0.28

Penulis: Ahmad Iqram Mohamad Noor
===========================

"Orang bukan Islam kan tak boleh masuk masjid?"

"Susah masuk Islam. Nanti kena potong."

"Semua agama sama saja..."

Ini antara persoalan yang selalu ditanya kepada saya.

"Hmm..kau cakap macam kau kenal benar dengan islam, tapi soalan tu bermakna kau hanya kenal Melayu tapi belum kenal Islam lagi. Sekarang ini kau harus kenal Islam macam mana aku kenal agama kau.


==========================================================


ULASAN

Malaysia adalah sebuah negara yang didiami oleh masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Sudah semestinya berlaku pertembungan diantara mereka sam ada pertembungan yang baik ataupun yang sebaliknya. Meskipun sering berlakunya pertembungan ini, kebanyakan masyarakat majmuk di Malaysia tidak mengenal agama yang dianuti oleh orang yang ada disekelilingnya. Bahkan ada yang lebih teruk, tidak mengenal agama yang dianutinya, Hanya tertera dalam I.C dan mengenal nama agama yang dianuti oleh seseorang itu dengan melihat cara berpakaiannya.


Justeru sebagai seorang rakyat Malaysia, kita seharusnya mengenali setiap agama yang dianuti dan wujud di negara kita. Bukan untuk diimani tetapi untuk mencari titik persamaan. Barulah adanya persefahaman antara penganut agama yang berbeza - beza. Anda boleh mulakan langkah untuk memahami sedikit demi sedikit agama yang ada di Malaysia dengan membaca buku ini.


Buku ini mengupas dan membincangkan tentang agama-agama di Malaysia, serta ulasan dan kritikan terhadap isu-isu sensitiviti antara agama yang wujud di negara ini. Perbincangan tentang agama didalam buku ini bermula dengan mendefinisikan apa itu agama. Seterusnya buku ini mengupas serba sedikit mengenai setiap agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia bermula dari agama Islam hingga agama Sikh. Kupasan - kupasan mengenai agama - agama yang ada di Malaysia yang diutarakan didalam buku ini diselitkan sekali dengan petikan - petikan ayat dari kitab - kitab suci agama - agama yang dibincangkan. Dengan ini, sedikit demi sedikit dapat memberi pemahaman kepada pembaca beserta dapat menjenguk sedikit apa isi kandungan yang diceritakan didalam kitab - kitab suci agama lain.


Buku ini sudah tentunya sesuai dijadikan bacaan yang umum. Sama ada Islam atau bukan Islam disarankan membaca buku ini agar dapat mengenali serba sedikit agama yang dianuti oleh jiran - jiran, sahabat - sahabat dan orang yang ada disekeliling anda serta dapat membalas tanggapan yang negatif terhadap sesebuah agama yang ada pada minda pembaca. Lebih - lebih lagi kepada sesiapa yang meminati dan mempelajari ilmu perbandingan agama. Motifnya penulisan buku ini pada pandangan pengulas adalah sebagai satu usaha untuk merapatkan jurang perhubungan yang dipisahkan kerana kejahilan seseorang itu terhadap agama - agama lain yang bukan dianutinya.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda