Intervensi Awal dalam Pendidikan Khas

RM35.00
9789672163558
In stock
+

Intervensi awal merupakan langkah awal untuk mencegah sesuatu kelainan upaya menjadi lebih teruk. Kelainan upaya boleh berlaku secara kongenital dan diperoleh selepas dilahirkan, semasa membesar dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa. Oleh yang demikian, intervensi awal boleh berlaku bila-bila masa. Penggunaan istilah intervensi awal bergantung kepada sesebuah negara dan falsafah pendidikan khas negara berkenaan. Walau bagaimanapun, buku ini memfokuskan kepada kelainan upaya kanak-kanak di bawah sembilan tahun. Ini kerana ada golongan kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang hanya disedari tidak boleh membaca dan menulis apabila mereka sudah di Tahun 3 dan ketika itu sudah pun berumur sembilan tahun. Memandangkan keadaan ini, penulis berkongsi ilmu tentang intervensi awal dari lahir sehingga sembilan tahun. Maklumat dalam buku ini boleh digunakan ibubapa, guru arus perdana, guru pendidikan khas, bakal guru dan sesiapa yang berminat mendapat maklumat tentang kanak-kanak kelainan upaya.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda