Tanah Airku Berbisik Kembali

RM20.00
Out of stock

======================================

ISBN 9789671 667002

Penulis: Abdul Shukur Harun (PAK SHUKUR)

Terbitan: Dream Team Resources -2018

Bilangan Muka surat: 101

======================================

Pak Shukur menjadi penulis sejak 40 tahun yang lalu. Beliau belajar menulis daripada Almarhum Pak Sako, Abdullah Hussein, A. Samad Ismail, Adibah Amin, A. Samad Said dan lain-lain. Menulis lapan buah novel, ratusan rencana dan puluhan sajak yang menggarap pelbagai tema. Memenangi beberapa kali hadiah penulisan anjuran DBP serta badan-badan lain. Juga memenangi hadiah kategori Penulis Islam Terbaik yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 90-an. Mendorongnya untuk terus berkarya, selain daripada teman-teman sasterawan juga pemimpin ternama seperti Datuk Dr. Mujahid, Dr. Dzulkefly Ahmad, Ir. Khalid Samad, Salahuddin Ayub dan beberapa tokoh lagi. Juga individu yang sering mendorong beliau berkarya adalah para dramatis, penyair Dinsman dan para sahabat dalam Paksi (Seniman Paksi Rakyat).


Buku ini merupakan kumpulan sajak dan rencana beliau yang memancarkan pengamatannya terhadap apa yang berlaku di tengah masyarakat Malaysia. Ini kerana beliau adalah jurubicara dan potret zamannya. Tentu sahaja ia bukan sekadar menjadi pemerhati yang bisu, tetapi juga sentiasa berada di tengah-tengah masyarakat dan ikut menyertai gelombang hati nurani masyarakatnya.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda