Ammar Bin Yasir: Calon Penghuni Syurga

RM30.00
9789672234463
In stock
+

Tajuk: Ammar Bin Yasir: Calon Penghuni Syurga
ISBN: 9789672234463
Penerbit: Latip Dan Keluarga Enterprise
Penulis: Abdul Latip Talib
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 228
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.310kg
Dimensi (cm): 21.5cm x 14cm x 1.5cm
 
SINOPSIS

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Kelahiran beliau, membebaskan status seorang hamba ibunya. Beliau dibesarkan dengan limpahan kasih sayang seorang ibu dan ayah. Apabila sinar Islam diterimanya tanpa ragu, tiada lain yang menjadi doanya selain ibu bapanya turut sama merasai manisnya Islam.

Beliaulah Ammar Bin Yasir, yang rendah kedudukannya dalam kalangan Arab Quraisy kerana status ibunya sebagai bekas hamba, dan ayahnya yang berasal dari Yaman. Ibu bapanya, Sumayyah binti Khutbah dan Yasir bin Amir terpesona dengan keindahan Islam, menerima dakwah anak tercinta. Tiga tahun merahsiakan keislaman, Rasulullah mendapat wahyu menyebarkan Islam secara terbuka.

Pengislaman mereka akhirnya dihidu. beliau menjadi keluarga pertama diseksa kerana mengakui Allah SWT sebagai Tuhan yang satu dan Rasulullah adalah pesuruh-Nya. Seksaan demi seksaan, ibu bapanya yang pertama syahid di jalan Allah SWT, dijanjikan syurga abadi. Menjadi yatim piatu, Ammar bin Yassir tidak berpaling lagi. Beliaulah sahabat Nabi Muhammad SAW yang berjuang bermati-matian untuk Islam. Beliaulah yang disabdakan nadi sebagai seorang tidak diberi dua pilihan, kecuali beliau akan memilih yang terbaik.

Gugurnya beliau, syahid mempertahankan Islam sehingga akhir usianya. Mulianya beliau, pernah menjadikan wajah Nabi Muhammad SAW berseri-seri mengingatkan betapa syurga merindui Ammar bin Yasir.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda