Format: Paperback
Saiz:6" x 9"
ISBN: 978-967-411-412-1
Jumlah Muka Surat: 414
Berat (Kg): 0.544
===========================
Memiliki anak-anak yang comel memang satu anugerah. Namun mendidik mereka bukan calang-calang cabarannya. Tambahan pula apabila anak-anak sudah mula petah bercakap dan sudah bijak berfikir. Sekiranya ibu bapa tersalah langkah dalam mendidik anak-anak, pendekatan negatif seperti menghukum, memukul, menengking, dan sebagainya akan dianggap sebagai pendekatan yang efektif.
Menerusi buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk Edisi Bahasa Melayu ini, ibu bapa akan lebih memahami kaedah yang betul tentang cara mendidik dan mendisiplinkan anak seperti :
ISI KANDUNGAN
Pengenalan
Bab 1: Membantu Anak Mengendalikan Perasaan Mereka
Bab 2: Mewujudkan Kerjasama
Bab 3: Alternatif Selain Hukuman
Bab 4: Galakan Berdikari
Bab 5: Pujian
Bab 6: Bebaskan Anak Daripada Memainkan Peranan
Bab 7: Menggabungkan Semuanya Bersama
REVIEW BUKU
Cetakan Pertama Habis Terjual. Kenapa Buku Ini Sangat Laku Keras?
oleh Asri Yussof
Buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk adalah karya terjemahan dari Scribner yang berpusat di New York. Buku ini ditulis oleh Adele Faber & Alaine Mazlish dan diterjemah ke dalam bahasa Melayu oleh Nora Herni Abd. Rahim
Ramai yang tertanya-tanya kenapa buku ini menjadi begitu laris? Jawapannya adalah kerana kandungan buku ini berbeza dengan kandungan buku-buku lain yang ada di pasaran buku Malaysia yang mengetengahkan aspek ‘parenting’.Kebanyakan buku tentang parenting selalu bercakap mengenai hukuman bukan mengenai cara berkomunikasi dan berinteraksi.
Berbeza dengan How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk. Buku ini memberitahu kepada semua ibu bapa, mereka perlu berbeza di rumah.
Ibu bapa sering menafikan perasaan dan pendapat anak-anak. Sebenarnya, hal ini akan cenderung mengelirukan dan membuatkan anak cepat marah dan berang dengan kita.Contoh penafian yang sering dilakukan oleh para ibu bapa kepada anak-anak mereka, adalah seperti ini:
“Mak lebih makan garam daripada kamu”
“Kamu hanya cakap begitu sebab kamu tidak faham lagi erti kehidupan”
“Pergi buat kerja sekolah, kalau tidak belajar bersungguh, nanti besar hidup merempat”
Buku berjudul Sibling Without Rivalry dan How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk yang ditulis oleh mereka berdua terjual lebih 3 juta naskhah dan mendapat julukan 'The Parenting Bible'.
6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan