Format: Paperback
ISBN: 9789832423393
Penulis: Muharikah
Jumlah Muka Surat: 169
====================
Sinopsis
“Apa cita-cita awak?” Beberapa kali pernah ditikam soalan ini oleh Muharikah. Cis terdiam beberapa saat juga jadinya. Ya, memang ada jenis manusia yang memang tahu benar apa yang ingin dicapai dalam hidup. Benar-benar jelas jalan hidupnya, lima tahun lagi, sepuluh tahun lagi. Tahu dengan pasti juga, apakah potensi dirinya yang tiada pada orang lain, dan di medan manakah ingin disumbangkan bakatnya itu. Sejenis manusia lain, ditanya esok mahu dibuat apa pun masih termangu-mangu. Tidak begitu pasti, “Tengoklah nanti.” Kita ini, mungkin ramainya di kategori pertengahan. Tidak begitu pasti ke mana mahu dituju dalam masa sepuluh tahun, tapi jika ditanya bulan ini, tahun ini, ya yang itu kita tahu jawapannya. Masih mencari di manakah ‘passion’ dan kekuatan diri; rasanya sudah tahu tapi mungkinkah syok sendiri? Barangkali, kita perlu mengambil masa kita untuk benar-benar meneroka dan akhirnya memilih jalan hidup kita sendiri. Cukuplah diketahui bahawa setiap saat dalam hidup adalah pilihan kita sendiri, dan kita akan kelak ditanya tentang setiap satunya. Jadi, hidup yang bagaimana yang kita mahu pilih?
Isi Kandungan
- YAKIN
- MINDSET
- SYURGA
- JALANKU
- FOKUS
- JALAN YANG BETUL
- OBSES
- TARBIAH
- STUDI
- HEBAT
- MANUSIA PALING BERMANFAAT
- KENALI DIRI
- SIKAP & ATTITUDE
- PUTUS ASA?
- SANGKA BAIK
- MOVE ON
- KEHIDUPAN YANG TERBAIK
- INDIKASI KEJAYAAN
Ulasan
Buku yang menceritakan mengenai jalan kehidupan kita. Agak menarik dengan susunan kata-kata dan ayat yang boleh menyedarkan kita. Dari kita lahir, belajar, kerja, kahwin dan seterusnya mati. Semuanya terkandung dalam buku ini.
6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan