Sinopsis
Chef Hussin Khan adalah pensyarah di Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Pulau Pinang. Cintanya pada dunia masakan mendorong beliau melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Sarjana dalam bidang Sains Makanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Anak kelahiran Bruas, Perak ini pernah menjadi tukang masak di beberapa hotel terkemuka di Malaysia dan pernah berkhidmat di Istana Darul Iman serta Darul Izzah Brunei Darussalam.
Finalis program realiti masakan 'Maggi Mencari Bintang' di TV 3 ini pernah menerima pingat dalam beberapa siri pertandingan masakan di dalam dan luar negara. Terbaru beliau memenangi pingat emas dalam Pertandingan Inovasi di Brussel, Belgium. Beliau turut dipanggil untuk menjadi chef jemputan dan pengadil pertandingan memasak di seluruh Malaysia.
Buku Hidangan Lengkap Sehari ini merangkumi hidangan dari sarapan pagi hingga makan malam. Setiap resipi dalam buku ini diasingkan mengikut kesesuaian hari. Pembaca disarankan mendapatkan kesemua buku dalam siri ini bagi memberi idea menghasilkan masakan mengikut hari dari hari sibuk hingga hari santai.
Sekiranya anda tercari-cari apa yang mahu dimasak pada hari Ahad, milikilah buku istimewa ini!
Sarapan Pagi dan Minum Petang
Nasi Lemak Ayam Berempah
Makaroni Goreng Ala Thai
Kuih Ketayap Sri Pinang
Bergedel Daging Burger Rangup
Mini Burger Ayam Berperisa
Mi Soto Ayam
Aiskrim Goreng Pantai Remis
Pembuka Selera
Pai Kentang Sherpard
Kepak Ayam Percik
Kentang Lenyek Berny
Kentang dan Ikan Bilis Bercili
Skewer Udang dan Ikan Berbijan
Kerabu Isi Ketam dan Suun
Makan Tengah Hari dan Malam
Udang Bakar Bersos 'Garlic Butter'
Udang Goreng Tepung Masam Manis
Tomyam Putih Kerang dan Lala
Rendang Daging Istimewa
Ikan Sumbat Bakar
Salad dan Buah
Salad Belimbing Dua Sejoli
Salad Daging Thai Bersitrus
Salad Chef
Salad Bunga Betik
Salad Slaw Capsicum
6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan