Harun Ar-Rasyid: Zaman Keemasan Abbasiyah

RM35.00
9786297535098
In stock
+

Tajuk: Harun Ar-Rasyid: Zaman Keemasan Abbasiyah
ISBN: 9786297535098
Penerbit: Latip Dan Keluarga Enterprise
Penulis: Abdul Latip Talib

Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 321
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.435kg
Dimensi (cm): 21.5cm x 14cm x 2cm
 
SINOPSIS
Nama penuh beliau ialah Harun bin al-Mahdi Muhammad bin al-Mansur Abu Jaafar Abdullah bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutalib.
 
Ayah beliau bernama Abu Abdullah Muhammad. Ayah beliau yang digelar al-Mahdi merupakan khalifah ketiga, manakala abangnya, Musa al-Hadi merupakan khalifah keempat Kerajaan Abbasiyah. Ibu beliau bernama Jurasyiyah binti Atha atau digelar Khaizuran yang berasal dari Yaman.
 
Harun ar-Rasyid dilantik menjadi khalifah ketika berusia 25 tahun. Beliau merupakan khalifah kelima daripada Bani Abbasiyah dan memerintah antara tahun 786 hingga 803 Masihi. Beliau telah memerintah selama 23 tahun, 2 bulan dan 16 hari.
 
Pada malam Sabtu, 4 Jamadilakhir 809 Masihi bersamaan 193 Hijrah, Harun ar-Rasyid yang berusia 45 tahun ketika itu, telah menghembuskan nafas terakhir dengan meninggalkan sebuah kerajaan yang agung dan gah.
 
Beliau merupakan antara pemimpin dunia Islam yang paling berpengaruh dan terkenal dari Timur hingga ke Barat. Sumbangan beliau cukup besar dalam mengembangkan ilmu pengetahuan, budaya dan tamadun Islam.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Buku Ini Sesuai Untuk Anda