Fiqh Hiburan dan Rekreasi

Kini hiburan menjadi salah satu aktiviti dalam kehidupan manusia. Sebagai muslim, hiburan bagaimanakah yang menepati kehendak agam kita? Ketahuilah dengan lebih lanjut lagi.

Dapatkan buku ini segera!!

RM20.00
978-967-366-184-8
Out of stock

Format: Paperback

Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-366-184-8
Tarikh Terbit: 14 Feb 2014
Jumlah Muka Surat : 276

Berat (kg) : 0.38

------------------------------------------------------

Kategori: Islam, Fekah, Islam Umum

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd



Berhibur dan berekreasi adalah fitrah semulajadi manusia. Hiburan dan rekreasi ini diperlukan bagi menenangkan fikiran, mendamaikan jiwa, merehatkan rohani, dan sekaligus memberikan kesihatan kepada jasmani.

Persoalannya, bagaimanakah gaya berhibur dan berekreasi yang selari dengan syariat Islam? Adakah hiburan dan rekreasi yang dilakukan, benar-benar dapat memberikan kesan positif kepada manusia?

Ataupun mendatangkan kemudaratan yang disulami dengan unsur maksiat?

Fiqh Hiburan dan Rekreasi adalah satu lagi buku siri pemikiran karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Buku ini membincangkan dengan lebih terperinci perkara berkaitan hiburan dan rekreasi seperti:


  • Batasan syarak berkenaan ketawa dan jenaka
  • Hukum berhibur dengan tarian dan tepukan
  • Hukum berhibur dengan drama dan filem
  • Jenis sukan yang dilarang dalam Islam
  • Pendirian Islam berkenaan aktiviti bersukan
  • Hukum senaman yoga
  • Hukum sukan berisiko tinggi seperti mendaki gunung, perlumbaan kereta, pertunjukan sarkas, gusti, dan tinju.
  • Hukum permainan minda seperti daun terup
  • Hukum pertandingan melalui telefon, kupon, dan tiket peraduan


Bab 1

Antara Agama, Ketawa, dan Bersuka Ria

Manusia adalah Haiwan yang Ketawa atau Bercakap

Keperluan Manusia kepada Hiburan

Rasulullah s.a.w. adalah Ikutan

Sahabat Mengikut Jejak Langkah Rasulullah s.a.w.

Sahabat-Sahabat yang Berjenaka

Penafsiran Nas-Nas yang Menyanggahi Prinsip Kita

Kesedihan Menurut Sebahagian Jemaah Sufi

Sanggahan Ibnu Qayyim terhadap Pendekatan Ini

Batasan Syarak Berkaitan Ketawa dan Lawak Jenaka

Lawak Jenaka dan Keseronokan dalam Realiti Umat Islam

Seni Jenaka

Nota Hujung


Bab 2

Pendahuluan kepada Keperluan Bersukan

Pelbagai Jenis Sukan dalam Kalangan Bangsa

Pendirian Islam Berkenaan Aktiviti Sukan

Loteri adalah Sejenis Perjudian

Sukan Berkuda dan yang Berkaitan dengannya

Nota Hujung


Bab 3

Objektif Pendidikan Jasmani

Permainan dan Sukan Masa Kini

Panduan-Panduan Syarak bagi Sukan-Sukan Ini

Syarat-Syarat dan panduan Bermain Bola Sepak

Sukan Sebagai Kerjaya

Sukan Berasaskan Kekuatan

Sukan-Sukan yang Berisiko Tinggi

Panduan Bermain Permainan yang Berbahaya

Nota Hujung


Bab 4

Permainan Minda

Hukum Bermain Nard (Dadu)

Permainan Catur

Kemunculan Permainan Catur dalam Sejarah Islam

Nilai Hadith yang Menyebutkan Permainan Catur

Sebab Berlaku Perselisihan Tentang Hukum Catur

Pandangan Mazhab Hanafi Tentang Permainan Catur

Pandangan Mazhab Maliki Tentang Permainan Catur

Pendapat Mazhab Syafi’e Tentang Permainan Catur

Mazhab Hanbali

Perbincangan Dalil-Dalil yang Digunakan untuk Mengharamkan Permainan Catur

Perbincangan Dalil-Dalil Pendapat yang
Mengharamkan Catur

Kesimpulannya: Harus Bersyarat

Daun Terup

Permainan Domino

Permainan Kartun

Panduan dan Syarat Bermain Permainan Kartun

Permainan Komputer

Bahaya Permainan Komputer

Syarat-Syarat yang Perlu Dipatuhi Ketika Bermain
Permainan Komputer

Nota Hujung


Bab 5

Tarian

Tarian yang Harus

Tarian yang Dilarang

Tepukan

Tujuan Bertepuk Tangan

Hukum Tepuk Tangan

Tepukan Nifaq

Tarian dan Tepukan Golongan Sufi

Nota Hujung


Bab 6

Hukum Berkaitan Pemburu

Hukum Berkaitan Binatang Buruan

Hukum Berkaitan Alat Buruan

Syarat Memburu dengan Senjata yang Mencederakan

Berburu dengan Anjing dan Sebagainya

Hikmah Perintah Menyebut Nama Allah s.w.t.

Nota Hujung


Bab 7

Menonton Wayang

Menonton Pementasan

Kartun Pokemon

Faktor Pengharaman

Pendeklamisian Sajak Patriotik (Mengenang Jasa Pahlawan)

Nota Hujung


Bab 8

Lumba Kuda

Syarat-Syarat Perlumbaan Kuda

Perlumbaan Unta

Pertandingan yang Diadakan Melalui Panggilan Telefon

Kupon dan Tiket Peraduan

Perbincangan dan Pilihan Hukum

Pandangan Berkaitan Hadith “Tiada Perlumbaan Bagi Mendapatkan Hadiah Kecuali Kepada Kuda dan Unta.”

Antara Jihad Perjuangan dan Kesenangan

Nota Hujung


************************************************************************


Review

Hiburan dan sukan merupakan fitrah kejadian manusia. Hiburan adalah penenang jiwa dan meringankan bebanan fikiran. Hiburan ibarat “ubat bius” setiap insan selepas penat bekerja seharian.

Di Malaysia, bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan, terlalu banyak rancangan realiti televisyen yang membangkitkan keseronokan manusia. Antaranya, rancangan Maharaja Lawak yang mengutip berjuta-juta ringgit setiap kali siarannya, rancangan Fear Factor, Akademi Fantasia dan sebagainya. Setiap stesen televisyen berlumba-lumba untuk mereka rancangan realiti sendiri dan ada yang mereplikakan rancangan realiti televisyen di Barat dan mengimplementasikannya di Malaysia.

Hiburan dibenarkan dalam Islam andai masih menjaga syarat-syarat dalam berhibur. Rasulullah S.A.W. tidak menghalang isteri-isteri Baginda untuk berhibur. Namun, akhir zaman ini, terlalu banyak hiburan dan ada yang telah menyimpang dari syariat Islam. Melihat keadaan ini, Dr. Yusuf al-Qaradhawi berijtihad dan mengeluarkan fatwa hukum bagi hiburan dan aktiviti sukan, seperti yang dijelaskan dalam kitab “Fiqh Hiburan dan Rekreasi.”

Kitab ini dikayakan dengan perbahasan tentang hiburan, terutamanya semasa zaman Rasulullah S.A.W dan dikukuhkan lagi dengan dalil dari nas al-Quran. Ia juga menjawab persoalan masa kini mengenai hiburan kontemporari seperti permainan domino, pertandingan secara khidmat pesanan ringkas (SMS), sukan renang, yoga dan sebagainya. Ijtihad yang dilakukan oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi melihat kepada realiti kehidupan masa kini dan dihuraikan terperinci berdasarkan pengukuhan ilmu, pengalaman dan pengamatan beliau terhadap umat Islam masa kini.

Mudah-mudahan, Allah mengurniakan kefahaman yang mendalam tentang hiburan dan sukan kepada kita menerusi tulisan Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Andai menepati kehendak syarak, berhibur dan bersukan mampu dijadikan medium berdakwah untuk menarik ramai umat manusia memilih Islam sebagai agama fitrah.


“Permudahkan mereka dan jangan dipersulitkan, serta gembirakan mereka dan jangan membuat mereka menjauhi kamu.”

- Direkodkan oleh Imam Bukhari dalam kitab Al-Ilmu dan Imam Muslim dalam kitab Al-Jihad Wa As-Sair.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Buku Ini Sesuai Untuk Anda