Pengarang: Adi Setia
Penerbit: Halaqah Muamalah & IGE Advisory
Tahun: 2020 (Cetakan Pertama)
ISBN: 978-967-14950-5-6
Bil. m.s.: xxvii + 133
Berat: 280g
Ekonomi Iḥsānī (Islamic Gift Economy) ialah satu sistem Ekonomi Islam bersepadu yang berasaskan prinsip kerjasama, tolong-menolong (ta‘āwun), saling meredai (‘ān tarāḍin/ mutarāḍin) dan perkongsian (mushārakah). Prinsip-prinsip ini adalah berasaskan nilai-nilai Islami seperti rahmah, syukur, kepemurahan (karam/iḥsān) dan kesederhanaan (tawāzun/‘iffah), termasuk juga konsep khilāfah, yakni kebertanggungjawaban dan amanah. Prinsip-prinsip ini adalah tertanam dalam faham-kejiwaan (psychology) dan faham-alam (cosmology) asas yang digunapakai oleh Ekonomi Ihsani, yang mempercayai bahawa (i) sumber alam dan sumber budaya dalam dunia ini sebenarnya adalah berlimpahan, sedangkan (ii) keperluan kebendaan, kemahuan dan keinginan manusia adalah terhad dan seharusnya atau sepatutnya dihadkan.
6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan