Create Your Own Future

List price: RM30.00
RM28.00
You save: RM2.00 (7%)
978-967-369-191-3
Out of stock

Format: Paperback

Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-369-191-3
Jumlah Muka Surat : 360



Setiap orang di dunia ini pasti mahukan masa hadapan yang cerah. Namun, ada individu yang berjaya dan ada yang tersungkur di pertengahan jalan. Mengapa perkara ini berlaku? Semua persoalan ini akan terjawab dalam buku Create Your Own Future.

Menerusi buku ini, Brian Tracy bukan sahaja merungkai permasalahan yang dihadapi oleh mereka yang gagal dalam kehidupan, malah beliau turut mendedahkan 12 prinsip bagi meraih kejayaan tanpa had!

Buku yang lengkap dengan panduan bagi meraih kejayaan, pencapaian, pendapatan lebih tinggi, kenaikan pangkat yang pantas, dan hasil yang lebih memberangsangkan dalam apa jua perkara dalam kehidupan kita!


Pengantar Penterjemah

Pengenalan

Bab 1: Kejayaan Boleh Diramal

Bab 2: Potensi Kita Tiada Hadnya

Bab 3: Matlamat yang Jelas adalah Kunci Utama

Bab 4: Ilmu adalah Kuasa

Bab 5: Kepakaran adalah Suatu Keajaiban

Bab 6: Adab Penentu Segalanya

Bab 7: Perhubungan adalah Penting

Bab 8: Hal Ehwal Kewangan

Bab 9: Kita adalah Genius

Bab 10: Hasil Menentukan Ganjaran

Bab 11: Rebutlah Peluang!

Bab 12: Perwatakan yang Diambil Kira

Bab 13: Beruntunglah Orang yang Berani

Bab 14: Jadikan Hidup Kita Sebagai Karya Agung

Maklumat Pengarang

======================================


Review

Orang yang malas, kerjanya hanya menunggu. Orang yang optimis, kerjanya hanya berharap. Namun, orang yang berjaya, dialah yang mencipta masa depan.

Orang yang berjaya kurang mengeluh, tetapi lebih banyak mengeluarkan peluh. Mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Mereka mencipta masa depan yang lebih baik bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi untuk manfaat seluruh manusia sejagat.

Menerusi buku Create Your Own Future ini, Brian Tracy merungkai masalah biasa yang sering dihadapi oleh orang yang gagal dalam kehidupan. Sekiranya masalah ini berjaya diatasi, masa depan yang gemilang bukan sahaja menjadi milik kita, bahkan kita sendiri yang menciptanya mengikut kemahuan kita.

12 prinsip kejayaan yang didedahkan dalam buku ini membantu para pembaca mencapai kejayaan tanpa batasan. Ia mendedahkan teknik yang terbukti berkesan bagi digunakan oleh kita semua.

Masa depan perlu dicipta mengikut apa yang kita mahu. Hidup kita begitu bernilai untuk dibazirkan mengikut kehendak orang lain.

Hayati kata-kata Peter Drucker, pakar pengurusan ini, "Cara terbaik bagi menjangka masa depan adalah dengan menciptanya. Semua orang mahu hidup gembira, sihat, menjadi terkenal, kaya dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Satu-satunya cara untuk mengecapi semua perkara ini adalah dengan mencipta masa depan kita sendiri."

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda