Bersediakah Kita Untuk Mati?

RM30.00
97896719495004
In stock
+

Mati adalah pasti. Al-Quran menyatakan: setiap yang bernyawa, pasti akan menemui mati. 

Tanah perkuburan adalah titik mula. Dari situ, ia boleh menjadi kengerian selama-lamanya. Ia juga boleh menjadi sumber kebahagiaan yang didamkan setiap jiwa. Bagi yang celaka, pengakhirannya adalah neraka. Bagi yang berbahagia, pengakhiranya adalah syurga.

Mati bukan suatu penghabisan. Bagi kehidupan baru, Ia adalah titik permulaan. Justeru, mati perlu ada persiapan. Semasa hidup lagi, sudah bersiap sedia dengan aqidah dan amalan. Agar kehidupan di sana tidak berada dalam kekesalan.

Menerusi kitab al-Tazkirah Fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah, Al-Imam al-Qurtubi memberi penjelasan. Merujuk al-Quran dan hadis yang merupakan asas rujukan. Turut disertakan komen-komen para ulama yang terkenal dengan kesolehan. Bagi yang merenung dan memahaminya, pasti akan terkesan. 

Bahasa arab adalah asas penulisan Al-Imam al-Qurtubi. Ramai umat islam di Malaysia tidak dapat manfaat dari karya berharga ini. Justeru, untuk dimanfaatkan, buku ini dipersembahkan dengan sertakan dengan olahan mudah difahami. 

Ia sebagai nasihat kepada diri penulis dan sidang pembaca. Supaya bersama-sama berhati-hati untuk berhadapan dengan hari muka. Agar semua terselamat dari azab neraka. Dikurniakan ilahi dengan balasan syurga.

Saya berdoa, semoga kita semua dilimpahi rahmat dan redha ilahi. Kekal di syurga yang kekal abadi. Amin..

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda