===============
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-0142-52-4
Tarikh Terbit: 30 Jun 2015
Jumlah Muka Surat : 136
Berat: 0.20 KG
================
SINOPSIS
Ibadat puasa adalah rukun Islam keempat yang wajib disempurnakan sebulan penuh pada setiap tahun.
Orang yang bergelar Islam mesti melaksanakan ibadah ini kerana puasa memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan individu dan masyarakat.
Namun, oleh kerana ada umat Islam sekarang yang menjauhi majlis ilmu, ramai yang tidak faham perihal hal-hal yang berkaitan dengan ibadat puasa, sama ada puasa wajib mahupun sunat.
Bagi mengatasi masalah ini, penulis membahaskan A-Z berkenaan puasa dengan penyampaian yang mudah, praktikal, ringkas, dan lengkap.
Buku ini adalah siri fiqh ibadat ketiga selepas tajuk Bahagianya apabila Hajimu Diterima Allah.
REVIEW 1
Buku ini bakal menjadi inspirasi dan sumber mempersiapkan diri kita bagi menghadapi Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi. Ada 6 bab tersemat dan semuanya mudah difahami dan ringkas.
Kita boleh mengetahui hikmah puasa, manfaatnya daripada segi psikologi, sosial dan spiritual bahkan kesihatan. Terdapat pula persoalan-persoalan umum feqah mengenai Ramadan dan Puasa, hukum dan kaifiat.
Yang paling menyeronokkan buku ini memberi saranan bagaimana tindakan kita ingin memperbanyakkan ibadah kita sepanjang Ramadan dengan disertakan fadhilatnya. Turut disisipkan mengenai Lailatul Qadar yang menjadi impian setiap mukmin di bulan Ramadan.
Lengkap, ringkas dan padat ini bakal menginspirasikan Ramadan anda! Helaian yang berwarna dan bergrafik tidak mungkin membosankan anda dan keluarga membacanya. Semoga Allah memanjangkan umur dan rezeki kita bertemu Ramadan tahun ini.
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب، وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
“Ya Allah, berkahi kami di bulan Rajab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.” (HR. Ahmad)
REVIEW 2
Bahagianya jika Allah menerima puasa kita. Bahagianya kita dapat menegakkan satu daripada tiang-tiang agama selain mengucap syahadah, solat, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji.Tetapi kita perlu menimba ilmu yang benar supaya ibadah itu bertepatan dengan syarak. Naskhah inilah jawapannya.Ilmu daripada buku ini amat lengkap. Bermula dari penerangan tentang latar belakang ibadah puasa hingga ke perkara fiqh tentangnya.Huraian yang diberikan mudah difahami kerana penggunaan bahasa yang ringkas serta diperkukuhkan dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis sahih.Susun atur grafiknya juga menarik dan sangat menangkap mata.Naskhah ini secara keseluruhannya menjurus kepada topik berkaitan puasa di Ramadan tetapi ia ada juga menyelitkan penerangan tentang puasa-puasa lain.Topik berkaitan iktikaf, lailatul qadar, zakat fitrah dan solat sunat aidilfitri juga dibincangkan.Antara topik menarik yang disajikan ialah langkah-langkah mengoptimumkan ibadah puasa. Ia merangkumi panduan-panduan peningkatan sudut jasmani dan rohani.Setiap panduan disertakan huraian-huraian dan tips-tips. Diketengahkan juga kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan masyarakat agar boleh diambil iktibar.Buku ini bukan sahaja dijadikan panduan oleh golongan yang wajib berpuasa tetapi boleh dijadikan bahan rujukan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka menunaikan ibadah penting ini.
ISI KANDUNGAN
BAB 1. SERBA-SERBI TENTANG PUASA
Definisi
Hikmah Puasa
Keistimewaan Puasa Menurut Islam
Manfaat Puasa daripada Segi Psikologi, Sosial, dan Spiritual
Manfaat Puasa daripada Segi Kesihatan
Perbezaan Puasa dalam Islam dan Puasa dalam Bidang Perubatan
Pendapat Pakar Perubatan berkenaan Puasa
Pelbagai Jenis Puasa
BAB 2. PUASA RAMADHAN
Hukum dan Sejarah Puasa
Keistimewaan Bulan Ramadhan
Keistimewaan Puasa Ramadhan
Ancaman untuk Orang yang Tidak Puasa Ramadhan
Penetapan Awal Bulan Ramadhan
Perbezaan Tempat Terbit Bulan
Orang yang Melihat Bulan Sendirian
Syarat Wajib dan Sah Puasa
Rukun Puasa
Perkara-Perkara yang Membatalkan Puasa
Sunat-Sunat Puasa
Makruh Ketika Berpuasa
Mubah Ketika Berpuasa
Hal-Hal yang Dimaafkan untuk Orang yang Berpuasa
Puasa Kanak-Kanak
Orang yang Diberi Keringanan Tidak Berpuasa
Kafarah Puasa
BAB 3. LANGKAH-LANGKAH MENGOPTIMUMKAN IBADAH PUASA (A-Z)
Menyambut Bulan Ramadhan
Niat Puasa pada Malam Hari
Ikhlas Berpuasa
Makan Sahur
Sembahyang Subuh
Membaca Al-Quran
Mendengar Ceramah Agama
Membaca Zikir Pagi dan Petang
Bersukan
Menjaga Kebersihan dan Kesucian Diri
Bekerja
Menjauhi Makan dan Minum
Menjauhi Jimak dan Hal-Hal yang Menaikkan Nafsu
Menjauhi Ghibah (Mengumpat)
Menjauhi Maksiat
Menjauhi Perbuatan Sia-Sia
Mengenali Musuh Manusia dan Tipu Dayanya
Bersedekah
Berakhlak Mulia
Membimbing Keluarga
Memperkuat Persaudaraan Islam
Berdoa
Menjamu Orang Berbuka Puasa
Berbuka Puasa
Sembahyang Terawih
Iktikaf
Puasa Wajib Selain Ramadhan
Puasa Sunat
Puasa yang Diharamkan
Puasa yang Dimakruhkan
BAB 5. IKTIKAF DAN LAILATUL QADAR
Iktikaf
BAB 6. ZAKAT FITRAH DAN SEMBAHYANG AIDILFITRI
Zakat Fitrah
Sembahyang Aidilfitri
6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan