Tajuk: Badiuzzaman Said Nursi : Pejuang dan Pemikir Islam Turkiye
ISBN: 9789672234883
Penerbit: Latip dan Keluarga Enterprise
Penulis: Abdul Latip Talib
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 497
Halaman: Hitam Putih
Format: paperback
Berat (kg): 0.671kg
Dimensi (cm): 21.5cm x 14cm x 2.5cm
SINOPSIS
Buku ini memaparkan kisah hidup Said Nursi, seorang tokoh Islam Turkiye (dahulu dikenali sebagai Turki) yang terkenal dengan perjuangannya dalam memelihara iman dan akidah umat Islam, ketika negara itu diisytiharkan sebagai negara republik.
Said Nursi cuba membuat perubahan dalam sistem pendidikan dan politik. Dalam bidang pendidikan beliau berpendapat, perlunya penyatuan antara pendidikan agama dengan sains. Dari sudut politik pula, Said Nursi berjuang menegakkan sistem pemerintahan yang berasaskan syariat Islam. Pemikiran beliau itu dikumpulkan di dalam karya agungnya, Risalah an-Nur.
Perjuangan beliau cukup hebat dan menarik kerana terpaksa melalui satu zaman yang cukup tragis dalam sejarah Islam. Masa beliau banyak dihabiskan di dalam penjara dan hidup dalam buangan. Namun lelaki unggul dan unik yang digelar Badiuzzaman (Keajaiban Zaman) ini tidak pernah berputus asa dalam menyebarkan syiar Islam.
Kata beliau, "Sesungguhnya punca kemunduran dan buruknya situasi yang kita hadapan adalah kerana tidak memelihara syariat."
Semoga kisah perjuangan Badiuzzaman Said Nursi memberi inspirasi kepada seluruh umat Islam supaya terus mempertahankan agama walau dalam keadaan apa sekalipun.
6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan