As-Syamail Al-Muhammadiyah: Edisi Kemas Kini (Hard Cover)

RM49.00
978-967-481-593-6
In stock
+

===========================

Tajuk: As-Syamail Al-Muhammadiyah: Edisi Kemas Kini (Hard Cover)ISBN: 978-967-481-593-6
Penerbit: PTS Publishing
Penulis: Imam At-Tirmidzi
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 496
Halaman: Hitam Putih
Format: Hardcover
Berat (kg): 0.8
Dimensi (cm): 23 x 16 x 3

===========================


Kenabian Muhammad SAW dikuatkan dengan sejumlah ayat dan mukjizat yang dikurniakan dari Allah SWT. Mukjizat terbesar baginda ialah Al-Quran. Semua ayat dan mukjizat tersebut menjadi bukti kebenaran Rasulullah SAW.

Para sahabat Rasulullah SAW telah menyaksikan mukjizat-mukjizat yang kemudian disampaikan kepada kita sehingga faham kita akannya melalui penelitian terhadap hadis.

Tidak cukup kita disebut sebagai seorang umat yang benar-benar mengenali Rasulullah SAW dengan sekadar membaca mengenai Rasulullah SAW melalui sebuah buku atau selembar hadis.


Membaca mengenai Rasulullah SAW bukan sekadar memahami sejarah kelahiran dan perjalanan kehidupannya sahaja malah perlu juga untuk kita melazimi apa yang diucapkannya dan perbuatannya agar kita boleh mengamalkannya dalam kehidupan hari ini.As-Syamail Al-Muhammadiyah adalah satu bahan bacaan wajib untuk kita kenal dan memahami sifat keperibadian Rasulullah SAW semasa hayatnya melalui hadis-hadis yang dikumpulkan di dalam buku ini.Menunaikan hak Rasulullah adalah menjadi tanggungjawab setiap individu muslim. Menjadi tanggungjawab kita untuk percaya akan perkataan, perbuatan dan segala yang dibawa oleh Rasulullah saw dan meletakkan kedudukan Rasulullah di tempat yang sewajarnya.Ini bertepatan dengan firman Allah di dalam surah An-Nisa’ ayat 80 yang bermaksud,"Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutuskanmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan)."


Edisi Kemaskini

Daripada penterjemah:

Setelah cetakan pertama, beberapa penuntut ilmu di Mesir meminta supaya edisi terjemahan Syamail Muhammadiyah ini dicetak lagi. Dengan rasa rendah diri, kami memenuhi permintaan itu. Lalu kami melakukan beberapa penambahan dan perbaikan, supaya terjemahan Asy-Syamail Al-Muhammadiyah ini dapat lebih autentik dan lebih mudah.

Setelah kepada Allah dan Rasul-Nya, kami bersyukur dan berterima kasih tiada terhingga kepada para syeikh atau guru kami; rujukan duduk mendengar hadis. Melalui mereka, kami mendengar dan memahami hadis Baginda Rasulullâh SAW.


Mereka itu di antaranya:

  • Al-Muhaddith Syeikh Dr. Mahmud Said Muhammad Mamduh.
  • Syeikh Muhammad Amin al-Harari al-Buwaithi.
  • Syeikh Hamid Alkaf al-Makki (Khalifah Syeikh Yasin di Mekkah)
  • Syeikh Dr. Ahmad Shâdiq (Beliau bersama Syeikh Thantawi (Grand Syeikh al-Azhar 1996-2010), Syeikh Sayyid Sabiq (Fiqhu s-Sunnah), dan Syeikh Muhammad Bakr ismail (pengarang al-Fiqh al-Wadhih); mereka berguru kepada Syeikh Mahmud Syaltut (Grand Syeikh al-Azhar 1958-1963).
  • Syeikh Prof. Dr, Nashr Farid Washil
  • Syeikh Prof. Dr, Ali Jum'ah
  • Syeikh Prof. Dr. Ali as-Salûs
  • Syeikh Dr. Shabri Abdur Ra`ûf
  • Syeikh Dr. Ahmad Yusri
  • Syeikh Dr. Abdurrahman al-'Adawiy
  • Syeikh Ibrahim Abdul Ba'its al-Kattani
  • Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari
Mereka inilah yang wajahnya melintas dalam pikiran dan idea kami ketika mengusahakan edisi terjemahan ini. Semoga Allah menempatkan mereka di tempat mulia di sisi Allah SWT; allâhumma âmîn.

Sungguh, ketika proses terjemahan ini menapak pada bab akhir: Bab Kewafatan Rasulullah, rasa gembira kerana amal ini akan selesai langsung berganti perasaan sedih dan haru. Kesedihan yang begitu hebat; seakan-akan saat itu Rasulullah baru sahaja wafat.


"Wulida l-Hudâ; sang Petunjuk telah lahir." Mari memperbanyakkan selawat dan salam kepada Baginda S.A.W, serta menghidupkan sunnah-sunnahnya, semoga kita dikumpulkan bersama Baginda dan orang-orang pilihan-Nya, allâhumma âmîn. Wahai Rasulullâh, aku merindukanmu.


Kaherah, Rabi'ul Awwal 1431 H.

al-faqir ilâ 'afwi wa rahmati Rabbihî.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda