Format: Paperback
Saiz: 6 x 9
ISBN-13: 978-967-481-175-4
Tarikh Terbit: 15 Sep 2018
Jumlah Muka Surat: 340
=============================
SINOPSIS
Anak Kunci Syurga adalah kitab kecil yang membincangkan tentang akidah Islam, perbincangan tentang fikah asas Islam mengikut Mazhab Syafie, dan juga akhlak. Dalam edisi ini, Dato Dr Abdul Basit turut memasukkan semakan serta penerangan beliau.
Kitab ini kecil dan ringkas, tetapi perbahasannya menyeluruh dalam bab ilmu fardhu ain, merangkumi beberapa bab. Ia mengandungi perbahasan tentang akidah, keimanan, hukum-hukum yang berkaitan dengan sembahyang dan lain-lain. Kitab ini membawakan dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w kerana ahli sunnah tidak akan berpaling daripada nas yang sahih.
Kitab ini popular di kalangan masyarakat Melayu memandangkan kepada kemasyhuran penyusunnya iaitu Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili yang menjadi guru kepada ramai tuan-tuan guru pondok Malaysia yang menuntut ilmu di Makkah sekitar tahun 50-an dan pertengahan tahun 60-an.
- Disampaikan dalam teks rumi dan gaya bahasa terkini
- Disertakan teks Al-Quran & hadis yang asal.
- Disertakan penjelasan dan tahqiq daripada Dr. Abdul Basit bin Hj. Abdul Rahman.
Dr. Abdul Basit mentahqiq (meneliti) kitab ini dengan sedikit huraian khasnya yang berkait dengan hadis Nabi s.a.w. Ini bagi memudahkan para pengkuliah merujuk dan menghuraikannya berdasarkan nas atau hadis yang ada dan menambahkan beberapa huraian ringkas kepada masalah yang nampak perlu kepada penjelasan untuk memudahkan masyarakat awam memahaminya.
Bahasa Melayu yang diguna pakai oleh penulis asal adalah bahasa Melayu lama. Pihak pentahqiq berusaha menulisnya semula dengan gaya bahasa Melayu moden yang sesuai dengan zaman ini tanpa mengubah makna asal kitab sedaya yang mungkin.
Kata Pentahqiq
Biodata
Penulis
Prakata
Penulis
Pendahuluan
BIODATA PENULIS
Dr. Abdul Basit bin Hj. Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan gelaran Abu Anas Madani adalah pelajar Malaysia yang ke-3 mendapat Ph.D. daripada Universiti Islam Madinah. Dilahirkan di Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan, sekali gus sebagai penyelia di pondok itu.
Aktif memberi kuliah dan ceramah agama terutamanya berkaitan pengajian kitab-kitab turath. Selepas sekian lama Penawar Bagi Hati digunakan sebagai rujukan dalam pengajian tasawwuf, beliau mengambil inisiatif menghuraikan isi kandungan kitab ini beserta syarah dan tahqiq sejajar dengan perkembangan semasa bagi memudahkan rujukan kepada pengajar dan juga pembaca umum.
6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan