Save 14%

Amalan 24 Jam Wanita Haid

Buku ini memberi panduan amalan pilihan yang dapat dilakukan oleh kaum wanita dalam keadaan haid. Anda haid? Apa nak buat? Bacalah buku ini, insya Allah persoalan anda akan terjawab.


Belilah sekarang!!

List price: RM7.00
RM6.00
You save: RM1.00 (14%)
978-967-366-117-6
In stock
+

Haid adalah fitrah kejadian wanita dan ketentuan Allah ke atas setiap wanita. Ketika kaum wanita didatangi haid, mereka sering mengalami penurunan iman. Mereka dilarang mengerjakan solat, berpuasa dan membaca al-Quran, seakan-akan semua pintu ibadah tertutup rapat untuk mereka.

Oleh kerana persepsi yang mengelirukan ini, akhirnya aktiviti mereka hanya berkisar kepada perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Padahal, haid bukan masa 'bercuti daripada mengerjakan ibadah. Kewajipan ibadah secara umum tidak gugur disebabkan haid. Dalam masa 24 jam sehari, hanya sedikit ibadah yang tidak boleh dilakukan oleh wanita haid.

Buku ini memberi panduan amalan pilihan yang dapat dilakukan oleh kaum wanita dalam keadaan haid. Sekiranya kaum wanita melakukan semua amalan yang ada dalam buku ini, nescaya mereka tetap mendapat pahala, meskipun sedang ‘bercuti’ daripada melakukan solat dan puasa. Bahkan, keadaan haid tidak menutup kemungkinan iman mereka tetap terpelihara dan beransur naik.


Apabila membaca buku ini anda akan mengetahui :

. Haid pada Pandangan Islam
. Haid dari Sudut Perubatan
. Larangan untuk Wanita Haid
. Mengapa berlaku Penurunan Iman ketika Haid
. Persediaan Menghadapi Haid
. Amalan Pilihan ketika Haid


BAB 1 HAID PADA PANDANGAN ISLAM ..........................................1

Haid dalam al-Quran dan Hadis
Pengertian Haid 3Hikmah Haid
Bilakah Wanita Mengalami Haid?
Proses Haid 4Tempoh Haid
Warna Darah Haid 6Sifat Darah Haid
Tanda Berhentinya Haid


BAB 2 HAID DARI SUDUT PERUBATAN ...........................................9

Haid Menurut Ilmu Perubatan
Simptom atau Gejala yang Berlaku Ketika Haid
Pola Pemakan Mempengaruhi Kitaran Haid
Nutrisi Penting Ketika Haid
Gangguan Haid
Cara Mengatasi Gangguan Kesihatan Ketika Haid


BAB 3 LARANGAN UNTUK WANITA KETIKA HAID..........................19

Solat
Puasa
Tawaf
Jimak
Talak
Membaca al-Quran
Memegang al-Quran
Iktikaf
Aktiviti-Aktiviti yang Dibenarkan UntukWanita Ketika Haid


BAB 4 MENGAPA BERLAKU PENURUNAN IMAN KETIKA HAID?.....29

Kekurangan Ilmu
Mengabaikan Zikir
Melakukan Dosa


BAB 5 CARA MENINGKATKAN KEIMANAN KETIKA HAID..............35

Menerima Fitrah
Membetulkan Kefahaman
Menyibukkan Diri dengan Ketaatan
Menjauhi Maksiat


BAB 6 HAID DARI SUDUT PERUBATAN........................................41

Memahami Hikmah Haid
Menjaga Kesihatan Fizikal
Melazimkan Zikir
Melakukan Aktiviti Harian Seperti Sediakala
Menghindari Sikap Menyendiri
Berlindung Daripada Godaan Syaitan


BAB 7 AMALAN PILIHAN KETIKA HAID........................................47

A. Amalan Hati
1. Menghadirkan keikhlasan
2. Berasa diawasi Allah
3. Muhasabah
4. Mujahadah
5. Meniatkan rutin harian sebagai ibadah
B. Amalan Lisan
1. Membaca zikir mutlak
2. Membaca zikir muqayyad
3. Berkata yang baik


PENUTUP ....................................................................................... 103

DAFTAR RUJUKAN ......................................................................... 105

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Buku Ini Sesuai Untuk Anda