Teater Forum Dalam Pengajaran Dan Pemudahcaraan Pendidikan Moral

RM35.00
9789672159384
In stock
+

Kajian aspek pedagogi dalam Pendidikan Moral terus dilaksanakan kerana elemen pedagogi dalam pendidikan menjadi tonggak untuk melahirkan insan yang memiliki kekuatan swadaya dari aspek fizikal dan mental. Justeru, buku Teater Forum dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan Pendidikan Moral ialah buku yang dihasilkan berdasarkan kajian yang menggabungkan disiplin ilmu teater dan bidang Pendidikan Moral.

Buku ini membincangkan salah satu cabang seni teater iaitu Teater Forum yang digunakan sebagai wahana pedagogi dalam pengajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Moral di sekolah dan universiti. Teater Forum yang berteraskan Pedagogi Kritis menjadi pedagogi yang wajar kerana kaedah ini berteraskan konsep pedagogi progresif yang dapat merealisasikan konsep didik-hibur. Selain itu, teater interaktif ini bercirikan student-centric, aktif dan transformatif.

Teater Forum mampu memenuhi kehendak massa untuk melahirkan sumber manusia yang berilmu, berakhlak, kreatif dan inovatif dalam mendepani cabaran abad ke-21. Semoga buku ini mampu menjadi sumber rujukan yang berguna kepada pelajar, guru, pensyarah dan ibu bapa yang mahu menggunakan Teater Forum sebagai kaedah instruksional untuk menyoroti masalah sosial, menyelesaikan dilema moral atau konflik moral secara bersahaja dan santai.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda