Ancaman Komunis dan Islamic State di Malaysia

RM30.00
9789674128203
In stock
+

Ancaman Komunis dan Islamic State di Malaysia

Author: Arbaiyah Jusop & Zarina Othman

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674128203

Weight:

Year: 2020

Page:

Price : RM30

Ancaman Komunis dan Islamic State di Malaysia membandingkan organisasi Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kumpulan pengganas Islamic State (IS) secara mendalam di Malaysia. Trend terorisme antarabangsa telah berubah semenjak berakhirnya era Perang Dingin daripada ancaman berbentuk ketenteraan atau berbentuk bukan tradisional kepada “keselamatan ancaman ketenteraan atau ‘keselamatan bukan tradisional’.

Perubahan teknologi dan perkembangan situasi hubungan antarabangsa telah memberikan dimensi baharu kepada fenomena terorisme global. Ancaman keselamatan bentuk baharu ini turut mengubah paradigma ancaman terhadap keselamatan negara. Bagi memahami dengan lebih jelas mengenai ancaman keganasan dari kumpulan-kumpulan pengganas bentuk lama dan baharu, Ancaman Komunis dan Islamic State di Malaysia ini membandingkan organisasi PKM dengan IS secara mendalam di Malaysia.

Penulis membahagikan buku ini kepada lima bab seperti berikut:


Bab Pertama merupakan pengenalan dan latar belakang mengenai ancaman dan isu keselamatan negara. Perkara yang dikupas termasuklah isu sebenar yang dibincangkan, penyataan permasalahan, sorotan kajian lepas, metodologi serta teori dan Konsep.


Bab Kedua mengulas tentang latar belakang dan perkembangan ancaman Komunis terhadap keselamatan global dan Malaysia sebelum dan selepas Perang Dingin. Malaysia berpaksikan negara demokrasi manakala terdapat negara-negara lain yang berpaksikan ideologi Komunis. Bab ini membincangkan bagaimana sistem antarabangsa menyumbang terhadap dunia bipolar. Ancaman ini termasuk dari segi ideologi, sistem politik, keadaan Malaysia sebelum dan selepas merdeka serta pembentukan masyarakat majmuk di negara ini.


Dalam Bab Ketiga, penulis membincangkan perbandingan Komunis dan IS. Bab ini penting kerana ia mengkaji dan membandingkan ideologi dan kaedah-kaedah radikalisasi bentuk lama dan baru yang digunakan oleh Komunis dan IS seperti strategi, modus operandi, propaganda, struktur organisasi, sumber kewangan dan faktor motivasi yang menarik penyertaan masyarakat umum terhadap kumpulan pengganas ini.


Bab Keempat mengkaji ancaman IS dalam konteks keselamatan iaitu nilai-nilai teras Malaysia iaitu (i) kestabilan sosio-politik; ii) kesepaduan nasional dan ii) keselamatan rakyat Malaysia. Bab ini cuba memmahami ancaman IS terhadap tiga nilai teras ini. Nilai-nilai teras ini memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan ketenteraman awam di Malaysia.


Bab Kelima adalah kesimpulan secara keseluruhan berkaitan isu- isu yang telah dikupas dan memberi gambaran jelas kepada pembaca akan isu-isu keselamatan negara, berdasarkan kes ancaman komunisme berbanding ancaman IS.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda